Baru-baru ini, satu cerita viral di platform media sosial X melalui platform Curious Cat (CC) berkisar tentang kisah seorang wanita yang enggan mendedahkan identitinya.
Menurut perkongsian tersebut, wanita itu berasa kesal kerana majlis perkahwinannya kurang bekalan makanan. Ini disebabkan oleh tindakan tiba-tiba beberapa ahli keluarga dari pihak pengantin perempuan yang mengundang jiran-jiran mereka untuk menyertai majlis tanpa keizinan dan pengetahuan pasangan pengantin.
Diketahui, majlis akad nikah dan bersanding wanita itu sepatutnya hanya dihadiri oleh 150 orang sahaja, kerana pengantin tersebut ingin menjadikan majlis mereka kecil dan mesra.
Perkongsian wanita tersebut menarik perhatian ramai, menunjukkan bahawa walaupun mempunyai hubungan darah, ahli keluarga sepatutnya tidak berbuat sesuatu tanpa persetujuan pengantin.
Sebaliknya, sebuah syarikat di Indonesia, yang dikenali sebagai grinvitation di Instagram, telah memperkenalkan perkhidmatan buku tetamu digital yang membantu pengantin menangani masalah tetamu yang tidak dijemput ke majlis mereka.
Dalam video yang dikongsi, terlihat bahawa tetamu yang diundang perlu mengimbas (scan) kod QR jemputan yang diberikan oleh pengantin di pintu masuk dewan kenduri sebelum hari majlis.
Jadi, jika tetamu tidak mempunyai kod QR jemputan, bermakna mereka tidak dibenarkan masuk. Perkhidmatan ini tidak hanya menyelesaikan masalah tetamu yang tidak diundang, tetapi juga memudahkan pengantin untuk mengesan kehadiran tetamu serta yang tidak hadir kerana data tersebut akan dimasukkan terus ke dalam komputer.
[CC] Fel i nak story sikit pasal majlis nikah + sanding i yang huru hara baru2 ni. I just jemput 150pax and buat dekat venue yg sangat cantik and perfect for me. It was supposed to be intimate & my parents ok je. Yang tak ok is my relatives.
— pel mean era (@pelisahh) January 2, 2024
Dorang cakap sikit sangat 150pax tu…