JebatDerhaka

Malaysia berada di kedudukan ke-59 dalam ranking gaji paling minimum bagi 2024

Malaysia kini menduduki kedudukan ke-59 daripada 67 negara dalam ranking gaji bersih minimum bagi Januari 2024. Menurut laporan kajian yang dikeluarkan oleh perkhidmatan beli-belah Picodi Malaysia, kadar gaji bersih minimum di negara ini adalah sebanyak RM1,323 sebulan. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut tidak menunjukkan sebarang peningkatan atau penurunan berbanding tahun lepas.

Laporan tersebut dikeluarkan pada 16 Januari lalu di laman sesawang Picodi Malaysia yang bertajuk ‘Gaji minimum di seluruh dunia: di manakah anda boleh hidup dengan gaji minimum?’. Kajian tersebut tidak hanya mengenal pasti kedudukan Malaysia dalam ranking, tetapi juga mengkaji perbandingan gaji bersih minimum dengan kenaikan harga barangan runcit asas serta kos sara hidup.

Menurut kajian tersebut, nilai bakul beli-belah pada Januari tahun ini meningkat kepada 7.9% berbanding Januari 2023. Sebanyak RM 437.58 diperlukan untuk sebakul produk makanan asas yang penting untuk kehidupan, iaitu 33.1% daripada gaji minimum, menempatkan Malaysia di tempat ke-48 dalam ranking. Pada awal tahun 2023, nilai tersebut adalah 30.6% daripada gaji minimum, menunjukkan bahawa kenaikan gaji minimum Malaysia tidak seiring dengan kenaikan harga makanan.

Malaysia berada di kedudukan ke-59 dalam ranking gaji paling minimum bagi 2024

Beberapa negara turut diambil kira dalam laporan, di mana lima negara yang menduduki tangga tertinggi dalam peningkatan gaji bulanan minimum pada Januari 2024 ialah Argentina (128.4%), Turkiye (99.9%), Nigeria (83.3%), Pakistan (29.3%), dan Moldova (23.1%).

Indonesia mencatatkan peningkatan gaji bersih minimum sebanyak 7.1%, iaitu AS$187 sebulan, sementara Thailand pula meningkat 2.4% atau AS$203.

Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat enam negara di mana pekerja hanya menggunakan 10% daripada gaji minimum untuk membeli barang keperluan asas. United Kingdom, Ireland, Belanda, Australia, Luxembourg, dan New Zealand adalah negara-negara tersebut. Malaysia, walaupun ketinggalan dalam perbandingan ini, masih di atas negara seperti Pakistan, Indonesia, Thailand, dan Filipina.

Selain itu, terdapat juga negara yang menggunakan lebih daripada separuh gaji minimum untuk membeli barang keperluan asas, seperti di Kazakhstan, India, Vietnam, dan Armenia.

Malaysia berada di kedudukan ke-59 dalam ranking gaji paling minimum bagi 2024
BACA:
Bengang imam baca surah panjang ketika solat subuh, makmum terkejar hadap trafik buat aduan
Program Subuh Macam Jumaat melarat ke Singapura, ribuan anak muda turut serta memenuhi masjid
Saling tak tumpah seperti ibunya, ini penampilan terkini Puteri Ameerah ketika istiadat perkahwinan diraja