“Mama tak sayang kakak ke tak bagitahu” – Wanita terkilan lihat keadaan ibu, berkerusi roda hadir tamat latihan

“Mama tak sayang kakak ke tak bagitahu” – Wanita terkilan lihat keadaan ibu, berkerusi roda hadir tamat latihan.

Demi tidak mahu membuatkan anaknya yang sedang menjalani Latihan Asas Tentera Darat risau, seorang ibu sanggup menyembunyikan tentang kesakitannya.


Bagaimanapun perkara itu terb0ngkar juga setelah anak perempuannya itu tamat latihan dan si ibu hadir berkerusi roda.

Dalam video pertemuan dua beranak itu yang dikongsikan oleh adiknya Nur Intan di TikT0k, dapat dilihat kakaknya yang lengkap memakai uniform tentera berjalan laju ke arah ibu yang sedang menunggu di bawah pondok khas.

Dia terhenti seketika sebaik menghampiri ibunya sambil men4ngis apabila melihat keadaan ibunya tidak seperti biasa, sebaliknya berkerusi roda.

Perajurit ini menangis di hadapan ibunya bertemu selepas tamat latihan.

"Mama tak sayang kakak ke tak bagitahu" - Wanita terkilan lihat keadaan ibu, berkerusi roda hadir tamat latihan

Dalam pertemuan itu, perajurit itu sambil menangis meluahkan rasa terkilannya kerana ibunya merahsiakan tentang keadaan kesihatan dirinya.

“Kenapa tak bagitahu kakak, tolonglah mama.

“Kenapa mama tak sayang dekat kakak ke? Kenapa buat macam ni dekat kakak,” katanya yang tidak lagi dapat menahan emosi.

Mereka berdua akhirnya menangis saling berpelukan dan seorang lagi wanita yang berada di situ dilihat turut mengalirkan air mata.

“Mama sihat tu yang mama mai (datang),” pujuk si ibu sambil menenangkan anaknya yang meraung kesedihan.

Maaf kakak, terpaksa tipu cakap mama sihat sedangkan dia sakit

Sebagaimana diceritakan adiknya pada ruangan kapsyen, kakaknya itu menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Negeri Sembilan.

Memikirkan kakaknya sedang berada jauh menjalani latihan sebagai askar, ahli keluarga tidak mahu dia berasa susah hati mengenangkan ibunya yang sakit di rumah.

“Maaf kakak, terpaksa tipu cakap mama sihat sedangkan dia sakit sebab dia tak nak ganggu kakak sebab tengah jalani latihan,” tulis Intan di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan jelas tentang penyakit wanita itu tetapi di hujung video dapat didengar seorang lagi perempuan memaklumkan bahawa ibunya sihat tetapi tidak mampu berjalan.

Rata-rata net1zen turut melu4hkan rasa sedih selepas melihat video itu dikongsikan.

“Janganlah pagi-pagi macam ni kak, saya dekat tempat kerja ni malu air mata keluar.

“Aku faham sangat-sangat seorang anak tengok mama dia dalam keadaan sakit,” antara komen netizen di TikT0k.

Untuk rekod, video dikongsikan meraih lebih 2.1 juta jumlah tontonan setelah dimuat naik.

@nrint4nnnn___

sorry kakak 🙏🏻 ❤️ terpaksa tipu hang cakap mama sihat sedangkan mama sakit sebab taknak ganggu hang masa hang dalam latihan 😌❤️ #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fypgaknihhhh #intake48 #army #pusasda #tenteradaratmalaysia #rekruttentera #tlpm #warkahcintatentera

♬ original sound – tupaipng_ii – tupaisepet🐿️
BACA:
Abang tiada perikemanusiaan, paksa adik perempuan jual nasi lemak sampai habis tenaga, siap ugut tak bagi balik jika tak habis
Lelaki trauma saman hospital RM1.9 billion, dipaksa melihat isteri bersalin ‘caesar’ oleh kakitangan
Pekerja pasar raya Kota Tinggi dipukau warga asing, tak sedar duit kena rampas dekat tangan