“Manja yang tersalah tumpah” – Ibu murid kantoi jalin hubungan dengan guru, siap minta cerai sebab ingin bersama kekasih

“Manja yang tersalah tumpah” – Ibu murid kantoi jalin hubungan dengan guru, siap minta cerai sebab ingin bersama kekasih.

Menurut Sharifah, akibat saling berhubungan melalui mesej antara satu sama lain sebagai ibu murid dan guru, wujud rasa cinta di antara pasangan itu walaupun kedua-duanya telah berumah tangga.

Buat setiap pasangan suami isteri, pastinya mahukan rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan kukuh sehingga bila-bila.

Namun, tidak semua pasangan bernasib baik untuk mengekalkan mahligai yang dibina hingga ke akhir hayat.

Ini kerana wujudnya dugaan seperti orang ketiga dan kurang persefahaman sepanjang kehidupan berumah tangga yang akhirnya membawa kepada perpisahan.

Hubungan Bermula Sebagai Ibu Murid & Guru

"Manja yang tersalah tumpah" - Ibu murid kantoi jalin hubungan dengan guru, siap minta cerai sebab ingin bersama kekasih


Begitulah yang terjadi buat sepasang suami isteri apabila rumah tangga yang dibina runtuh di tengah jalan hanya kerana suami yang bekerja sebagai guru jatuh cinta dengan orang ketiga yang merupakan ibu muridnya.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang usahawan, Sharifah Zahidah di akaun Facebook miliknya. Menurut Sharifah, hubungan pasangan itu yang terjalin pada asalnya hanya sekadar berstatus ibu murid dan guru.

Akibat saling berhubungan melalui mesej antara satu sama lain, wujud rasa cinta di antara mereka tersebut walaupun kedua-duanya telah berumah tangga.

Kantoi Dengan Bapa Kepada Murid, Guru Beri Alasan ‘Manja’


Namun, segalanya terbongkar apabila suami wanita itu mengetahui bahawa isterinya menggunakan panggilan ‘abang-sayang’ kepada guru anaknya sendiri.

Malah, ketika ditemui, suami wanita berkenaan bertanyakan alasan mengapa isterinya menjadi pilihan.

“Sebab dia lembut. Selalu ceria dan positif. Isteri saya di rumah tak macam ni,” balas guru berkenaan.

Menurut Sharifah yang mendengar sendiri rakaman suara wanita berkenaan, lembut yang dimaksudkan adalah manja kerana wanita itu sememangnya suka melentokkan suara dan intonasinya.

Apa yang lebih teruk adalah wanita yang manja itu sanggup meminta suami menceraikannya kerana mahu hidup bersama guru tersebut.

Guru tersebut juga turut menceraikan isterinya setelah mengetahui skandalnya telah berpisah dengan suami walaupun isterinya rela dimadukan.

Isteri Guru Jelaskan Alasan Garang Bersebab


Tambah Sharifah, setelah berlakunya penceraian tersebut, bekas suami wanita itu bertemu dengan bekas isteri guru yang didakwa garang.

Menjelaskan perkara yang sebenar, bekas isteri cikgu itu menyatakan bahawa garangnya bersebab.

Ini kerana nafkah rumahtangga yang diberikan tidak pernah cukup, malah dia juga turut dibebani dengan beban kerja rumah hingga menyebabkan hilangnya manja yang dimaksudkan.

Manja Dengan Lelaki Lain Adalah Manja Terkeji


Bagi Sharifah, perbuatan manja wanita bersama lelaki lain disifatkan sebagai manja yang terkeji.

Ini kerana manja boleh menyerlahkan sisi gatal, miang dan hilang maruah diri seorang wanita serta boleh meruntuhkan rumah tangga wanita lain.

Menerusi hantaran berkenaan juga, Sharifah turut berpesan agar sikap manja yang ada dalam diri setiap wanita digunakan kepada individu yang tepat iaitu suami.

Malah, dia juga turut mengingatkan agar wanita yang berhadapan dengan golongan manja ini untuk berhati-hati dengan mereka.

“Ini kisah benar tuan puan. Jangan sampai ia terjadi pada ahli keluarga anda pula.

“Bahaya ya, manja jadian ini. Ini detik mula sondol-sondolan berlaku dalam sesebuah rumahtangga. Cegah sebelum parah,” tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

BACA:
Nama anak paling ‘rare’ dijumpai, bapa dakwa akan ubah dunia dan menjadi doa kepada cahaya mata
Wanita kecewa pihak hospital sambil lewa, lambat bertindak atas kes kecemasan sampai anak kena sawan
Tiada rasa malu, pasangan buat perkara terkutuk depan orang ramai dalam kedai kopi ternama