“Mati-mati ingat sesungut lipas” – Pemuda terkejut jumpa lipan berukuran 60cm dalam rumah

“Mati-mati ingat sesungut lipas” – Pemuda terkejut jumpa lipan berukuran 60cm dalam rumah.

Bila kita sebut tentang haiwan ini, pasti ramai yang terbayangkan bahayanya. Kakinya yang banyak, suka merayap di lantai dan celah-celah dinding. Banyak di antara kita yang merasa takut dan geli dengan haiwan ini, tetapi di Malaysia, lipan yang kita jumpa biasanya bersaiz serdahana atau kecil.

Namun, pengalaman seorang pemuda ini sangat berbeza. Seorang pemuda hampir separuh mati ketakutan apabila menjumpai seekor lipan gergasi di rumahnya di Jepun. Lipan itu sangat besar, dengan panjang lebih kurang 60cm.

“Pada mulanya, saya jumpa lipan ini dalam apartment saya di Jepun. Ia sangat laju!” ujarnya.

Walaupun ada yang menganggap lipan itu mungkin ‘patung’ atau hasil karya manusia, sebenarnya haiwan tersebut benar-benar wujud dan bergerak dengan cepat, kira-kira 0.4m setiap saat.

Warganet rata-rata terkejut melihat lipan gergasi tersebut, ada yang bahkan membuat lelucon mengenai sanggup membakar rumah untuk membunuh lipan itu.

"Mati-mati ingat sesungut lipas" - Pemuda terkejut jumpa lipan berukuran 60cm dalam rumah

Lipan ini dikenali sebagai Gejigeji di Jepun atau nama saintifiknya House centipede (Scutigera coleoptrata). Walaupun memiliki penampilan yang menakutkan, lipan Gejigeji ini sebenarnya tidak membahayakan manusia.

Beberapa warganet malah menyatakan lipan Gejigeji ini adalah haiwan peliharaan yang baik karena jika dibiarkan di rumah, ia dapat membantu mengusir dan membasmi serangga seperti labah-labah, semut, dan lipa di dalam rumah.

BACA:
Hanya kerana nak sertai larian maraton, bapa sanggup tinggal dan kunci anak lima tahun dakam kereta
8 jenis warna baju banduan Malaysia sebenarnya memiliki maksud dan peringkat yang ramai tak tahu
Dompet pelajar wanita ini ditemui kembali selepas 63 tahun hilang, tak sangka isi kandungannya masih elok dan bersih