Mayat lelaki penyeluk saku akhirnya dikebumikan selepas 128 tahun meninggal dunia

Mayat lelaki penyeluk saku akhirnya dikebumikan selepas 128 tahun meninggal dunia.

Selepas 128 tahun meninggal dunia, akhirnya jasad seorang lelaki dikenali Stoneman Willie akan dikebumikan esok di sebuah pusat pengebumian di Amerika Syarikat.

Memetik laporan antarabangsa Reuters, jasad lelaki itu diletakkan di Pusat Pengebumian Theo C Auman di Reading, Pennsylvania.

Ia diletakkan selepas seorang pakar mayat mencuba teknik pengawetan secara tidak sengaja ke atas Stoneman Willie.

Difahamkan, lelaki tersebut diberi nama Stoneman Willie kerana memberi nama palsu selepas ditahan oleh pihak polis atas kesalahan ‘seluk saku’.

Menurut laporan, Stoneman Willie meninggal dunia dalam penjara pada 1895 akibat kegagalan buah pinggang.

Mayat lelaki penyeluk saku akhirnya dikebumikan selepas 128 tahun meninggal dunia

“Rumah pengebumian telah memohon kerajaan negeri untuk mendapatkan kebenaran untuk menyimpan mayat dan bukannya dikebumikan. Ia dilakukan atas tujuan pemantauan proses eksperimen ’embalming’,”menurut laporan.

Namun, kini mereka mengambil keputusan untuk kebumikan jasadnya selepas dibiarkan ‘awet’ selama 128 tahun di muka bumi. Jasadnya akan dikebumikan di Taman Memorial Forest Hills

Pusat Pengebum ian Theo C Auman berkata, jasadnya itu dipakaikan tuksedo, sesuai dengan tema pakaiannya pada 1895 untuk pengebumiannya esok.

“Identiti lelaki yang diperolehi daripada rekod sejarah akan didedahkan selepas Stoneman Willie dikebumikan. Sehingga kini, tiada maklumat lebih lanjut mengenai dirinya selain berketurunan Irish,”katanya.

Sementara itu, seorang pelawat dikenali Veronica Dangler meluahkan rasa sedih, tetapi gembira sebaik sahaja mengetahui jasad lelaki berkenaan akan dikebumikan dengan sempurna.

“Sebenarnya ia agak menyedihkan kerana dia berada di sini untuk sekian lama.
“Tetapi saya gembira dia akhirnya akan ada tempat untuk berehat,” katanya kepada pemberita.

Pengarah pengebumian pusat terbabit, Kyle Blankenbiller berkata, mereka tidak menganggap Stoneman Willie sebagai mumia. Sebaliknya rakan mereka kerana telah lama berada bersama masyarakat tempatan.

“Dia bukan saja menjadi bahan cerita masa lalu, tetapi masa kini,” kata Kyle Blankenbiller.
Menurut laporan akhbar pada 1896, warna kulit lelaki itu kelihatan putih seperti lilin, namun kini ia bertukar kepada coklat selepas satu abad.

BACA:
Suami dayus sanggup tunai hasrat isteri, mengidam nak pegang ‘abang’ tentera masa mengandung
Budak terpaling metal buat perangai, bergambar dengan kelakuan kurang sopan dekat kubur dan tak hormat orang mati
Anak muda diganggu pocong muka hancur dalam rumah sewa, dakwa tak bersihkan diri lepas tolong orang kemalangan