Memang lain dari yang lain, wanita berasal dari johor memiliki suara yang unik, sebiji macam lelaki matang

Biasanya, kita sering melihat keunikan suara seorang lelaki yang boleh menyerupai suara wanita, contoh terbaiknya adalah seperti ‘Siti Shower’ yang menjadi viral beberapa waktu lalu. Pasti ramai yang masih ingatkan?

Namun, kali ini, viral pula suara seorang wanita yang seakan-akan mirip dengan suara lelaki. Malah, wanita berusia 21 tahun dari Johor ini nampak begitu yakin dengan keunikan yang dimilikinya. Perlu dijelaskan, ini adalah seorang wanita tulen, bukan seperti yang mungkin korang sangkakan.

Wanita ini menjadi perhatian utama setelah video TikTok miliknya tersebar luas di pelbagai platform, dan ia telah menarik perhatian netizen. Dalam tempoh sehari, video tersebut telah mendapat lebih daripada 1,900 perkongsian.

Memang lain dari yang lain, wanita berasal dari johor memiliki suara yang unik, sebiji suara lelaki matang

Dengan keunikan yang dimiliki oleh wanita ini, beberapa netizen menyindir tentang bagaimana reaksi suaminya jika dia ingin mengejutkan suami untuk bersahur. Wanita ini, dengan sikap terbuka dan ceria, telah memperlihatkan ‘caranya’ melalui video yang dikongsikan.

Mengintai ke dalam ruangan komen, ramai netizen terhibur dan kagum melihat kelainan yang dimiliki oleh wanita ini. Bahkan, ada yang bertanya-tanya tentang status jantina wanita tersebut.

@harszanjualrumah Replying to @mubinmizam #fyp ♬ original sound – ‍
BACA:
4.43 juta pelancong Malaysia berkunjung ke Thailand masa cuti umum, sumbang 2 bilion bath pada ekonomi Hatyai
Bala dan pertolongan sudah sampai, tentera ‘bintang daud’ dijangkiti penyakit parasit lepas keracunan makanan
Bolehkah kita guna baja tahi ayam untuk menyuburkan rumput di kubur? Ini penjelasan Dr Zulkifli