Menantu tiada hati perut, tolak ibu mentua sampai jatuh tertiarap atas lantai.
Seorang wanita yang dipercayai sebagai menantu telah terlibat dalam tindakan kejam apabila disaksikan menolak ibu mentuanya yang sedang duduk sehingga menyebabkan beliau jatuh tertiarap di atas lantai.
Sebelum kejadian itu, wanita tersebut dikatakan telah berulang kali meminta warga emas tersebut untuk meninggalkan ruang depan di rumah tersebut, namun permintaannya diabaikan.
Kejadian mengejutkan itu berlaku di Kollam, Kerala, India, pada Jumaat, seperti yang dinyatakan dalam sumber berita India Today. Wanita yang menolak warga emas tersebut dipercayai sebagai menantu kepada mangsa.
Setelah video insiden tersebar, pihak polis Kerala telah mengambil tindakan dan menahan wanita tersebut.
“Pukulan terhadap wanita tua di Kollam. Tersangka sudah ditahan,” demikian kenyataan polis yang dimuat naik di laman X.
Motif sebenar di sebalik tindakan kejam wanita tersebut terhadap ibu mentuanya masih dalam siasatan polis.