‘Menjadi manusia yang pertama’, budak 13 tahun ambil masa 38 minit untuk habiskan game Tetris

Kebanyakan permainan video dalam pasaran direka untuk mempunyai kandungan akhir permainan bagi memenuhi kehendak pemain. Kandungan ini memerlukan pemain untuk menghadapi cabaran sebelum mencapai matlamat tertentu, memberikan motivasi kepada mereka untuk menamatkan permainan dan mengetahui kesudahannya. Konsep ini biasa digunakan dalam industri permainan video, tetapi tidak bagi permainan video klasik seperti Tetris yang dilancarkan pada tahun 1988.

Permainan video legenda ini, sinonim dengan ‘kotak-kotak,’ dipercayai dibina oleh seorang jurutera perisian dari Soviet Union pada 1984 dan kemudiannya dipopularkan oleh Nintendo Entertainment System pada 1988. Walaupun hampir 40 tahun sejak Tetris muncul, tidak ada seorang pun yang diketahui berjaya menamatkan kesemua peringkat permainan ini.

Namun, baru-baru ini, seorang kanak-kanak dari Oklahoma, Amerika Syarikat (AS), telah mencipta sejarah dengan menjadi manusia pertama yang berjaya menamatkan permainan Tetris. Kejayaan ini dicapai oleh Willis Gibson, 13 tahun, bulan lalu semasa melakukan penstriman langsung permainan tersebut.

Gibson berjaya meraih gelaran ‘True Killerscreen’ dalam masa 38 minit, mencipta sejarah besar dalam peradaban manusia. Selepas menamatkan permainan itu, skrin memaparkan semua blok jatuh pada kelajuan tinggi, menyebabkan permainan ‘crash.’ Saat itu, Gibson bermain di Level 157 dengan skor maksimum 999999.

'Menjadi manusia yang pertama', budak 13 tahun ambil masa 38 minit untuk habiskan game Tetris

Kejayaan Gibson amat luar biasa kerana sebelum ini, hanya bot menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang pernah melepasi semua peringkat dalam Tetris. Pemain Tetris selama ini percaya bahawa Level 30 adalah tahap layar terakhir yang dianggap ‘screen killer’ selepas Thor Aackerlund memperkenalkan kaedah hypertapping dalam permainan tersebut.

Gibson telah memecahkan rekod tersebut dengan mencapai Level 157 dan menyaksikan permainan ‘crash.’ Kanak-kanak ini mula bermain Tetris sejak berumur 11 tahun dan berlatih kira-kira tiga hingga lima jam setiap hari. Walaupun telah menamatkan permainan tersebut, Gibson tidak merancang untuk berhenti bermain Tetris.

Mengenai Tetris, sehingga kini, terdapat lebih daripada 200 versi Tetris yang diterbitkan di lebih daripada 70 sistem, menjadikannya rekod dunia menurut Guinness World Record. EA Sports kemudian membangunkan versi Tetris untuk telefon bimbit, yang dilancarkan pada tahun 2006, terjual lebih daripada 100 juta salinan, menjadi permainan ketiga paling banyak terjual dalam sejarah.

BACA:
Zakar semakin kecil selepas buat rawatan, ahli perniagaan minta doktor bayar pampasan RM76,422
“Saya bersyukur bapa tiri meninggal dunia, ingat kan sampai situ je, dia kejar saya sampai dalam mimpi”
Sering terpalit dengan kontroversi panas, jawapan Sophia Albarakbah buat ramai tersentak