JebatDerhaka

Michelle Yeoh buat rakyat Malaysia terkejut, jadi duta jenama Pro Israel

Michelle Yeoh buat rakyat Malaysia terkejut, jadi duta jenama Pro Israel.

Pelakon kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di peringkat antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh, menjadi tumpuan selepas mengumumkan bahawa dia kini menjadi duta bagi jenama antarabangsa terkemuka, Balenciaga.

Michelle menyatakan rasa keghairahan bergabung dengan jenama sebagai duta, yang seterusnya menarik pelbagai respons daripada netizen.

Namun, ruangan hantaran Instagramnya kemudian dipenuhi dengan komen netizen Malaysia yang berpendapat bahawa pemenang Pelakon Wanita Terbaik Academy Awards Ke-95 itu kelihatan kurang prihatin terhadap nasib penduduk Gaza di Palestin pada masa ini.

 Michelle Yeoh buat rakyat Malaysia terkejut, jadi duta jenama Pro Israel

Beberapa netizen menyuarakan rasa tidak puas hati dan menanyakan perasaan Michelle menjadi duta bagi jenama yang dikaitkan dengan pendirian pro-Israel dan pernah terlibat dalam kontroversi isu seksual kanak-kanak dalam iklan mereka.

Sebelum ini, Michelle dikenal pasti sebagai tokoh yang sering bersuara dalam isu-isu kemanusiaan.

BACA:
Sangat menjijikkan, video tangki air di sebuah kolej kediaman UMS penuh ulat tular!
3 lukisan yang disumpah dan mempunyai kisah seram disebaliknya, penyimpan pernah diganggu dan seakan ditenung gambar
“Aku pelik lepas dia bersalin anak pertama, macam kahwin dengan orang gila, ada satu bilik dalam rumah aku penuh dengan lukisan yang berunsur ‘dark’”