Mimi Lana respon video Tiktok yang tular, tiada kena mengena dan pertalian darah dengan Din Glamour

Mimi Lana respon video Tiktok yang tular, tiada kena mengena dan pertalian darah dengan Din Glamour.

Pelakon Mimi Lana menyangkal dakwaan dibuat seorang pengguna TikTok yang mengatakan dia merupakan anak kepada pengarah Din Glamour yang sedang terlantar sakit di hospital.

Mimi atau Roziana Zainal Abidin, 28, bagaimanapun mendoakan agar urusan Din atau Sallehuddin Ridzuan diberikan kesembuhan daripada penyakit dihadapinya ketika ini.

“Walaupun saya tiada pertalian darah dengan abang Din tapi saya doakan Allah permudahkan segala urusannya. Semoga diberikan kekuatan serta kesembuhan untuk pulih seperti biasa.

“Mudah-mudahan, insya-Allah. Amin,” katanya.

Mimi menjelaskan perkara itu menerusi ciapan yang dimuat naik di aplikasi X (Twitter) pada Sabtu.

Mimi Lana respon video Tiktok yang tular, tiada kena mengena dan pertalian darah dengan Din Glamour

Sebelum ini, tular sebuah video perkongsian mengenai Din yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang akibat sakit paru-paru berair dan sesak nafas.

Pun begitu, video tersebut mencetuskan tanda tanya apabila pengguna TikTok berkenaan mendakwa Mimi adalah anak kepada Din.

Dalam video itu turut memaparkan foto Mimi sedang menadah tangan berdoa dengan kapsyen merujuk pelakon itu anak kepada Din memohon doa peminat agar bapanya diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan keluarganya.

Bagaimanapun tinjauan mStar mendapati pengguna TikTok tersebut menutup ruang komen pada video berkenaan.

BACA:
”Masa aku nak bersalin, suami dibelengu hutang, aku bantu dengan gadai barang kemas, apa jadi lepas tu, buat aku menyesal”
Wanita tanggung derita selama 2 tahun, rumah dipenuhi calitan minyak dagu dan terkena sihir busung katak
Penjaga bangunan terkejut bila buka bilik simpanan, stok beras untuk kegunaan makan tengah hari lesap dikebas pencuri