JebatDerhaka

Minta sampai RM15 untuk parkir kereta dekat Bukit Bintang, ‘ulat parking’ buat onar jika pemintaan tak ditunaikan

Di platform TikTok, seorang wanita mengadu bahawa keretanya telah diconteng oleh individu yang dipercayai sebagai ‘ulat parking’ kerana enggan membayar caj parkir sebanyak RM15.

Dalam hantaran tersebut, wanita yang dikenali sebagai Ballerina menunjukkan kesan calar yang jelas terdapat di bahagian pintu keretanya. Insiden ini dilaporkan berlaku di kawasan letak kereta berhampiran Maybank di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Minta sampai RM15 untuk parkir kereta dekat Bukit Bintang, 'ulat parking' buat onar jika pemintaan tak ditunaikan

Ballerina berkongsi bahawa sebelum kejadian ini, dia telah diugut oleh ‘ulat parking’ yang mendakwa kesemua tempat letak kereta di kawasan itu adalah miliknya. Secara ringkasnya, setiap pengguna kereta yang ingin meletakkan kenderaannya di situ diwajibkan membayar caj parkir tidak sah sebanyak RM15 untuk memastikan keselamatan keretanya.

Diketahui, wanita ini telah membuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan harapan tindakan segera diambil untuk membanteras aktiviti ‘ulat parking’ yang semakin meresahkan masyarakat.

@ballerina391 Tolong viral kan guys#fyp ♬ bunyi asal – ballerina 🖤
BACA:
Gara-gara orang bandar, nyamuk aedes pun boleh kena denggi
Sekumpulan wanita buat perangai, selamba bawa makanan dari rumah ‘picnic’ dalam pusat beli belah
“Apa segala yang jadi mesti masa bapa aku tiada dirumah, ada satu malam kami bertiga dirumah, tiba-tiba perempuan bagi salam”