Penyelidik Britain telah berjaya mengesan isyarat yang berpotensi membawa kepada penemuan Penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi sedekad lalu, lapor Agensi Anadolu.
Menurut laporan The Telegraph, isyarat tersebut dikesan di Cape Leeuwin, Australia Barat. Kawasan tersebut merupakan salah satu daripada dua stesen hidrofon yang berada dalam jarak beberapa minit penerbangan dari hubungan radar terakhir dengan pesawat itu.
Difahamkan, penyelidik dari Wales telah merakam isyarat selama enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon. Isyarat ini berpotensi membawa mereka ke lokasi terakhir pesawat tersebut.

Hidrofon tersebut pada asalnya direka untuk mengesan ujian nuklear yang dilarang. Ia diaktifkan untuk merakam isyarat sekitar masa pesawat itu dipercayai terhempas.
Berdasarkan kajian penyelidik, pesawat Boeing 777 MH370 akan menghasilkan tenaga kinetik setara dengan gempa bumi kecil jika ia terhempas pada kelajuan 200 meter sesaat (656 kaki sesaat). Impaknya cukup besar untuk dikesan oleh hidrofon walaupun dari jarak beribu-ribu batu jauhnya.
Pada 8 Mac 2014, sedekad lalu, pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Meskipun pencarian meluas meliputi lebih 119,140 kilometer persegi (46,000 batu persegi), hanya 18 serpihan pesawat telah ditemui terdampar di darat setakat ini.
Misteri Kehilangan MH370
Pada tahun ini, genap sepuluh tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Kehilangan pesawat milik Malaysia itu sehingga kini masih menjadi misteri, bukan sahaja di Malaysia malah ia mendapat liputan meluas di seluruh dunia.
Terdapat 239 orang di dalam pesawat berkenaan, dengan 153 daripadanya adalah warganegara China, 38 dari Malaysia, 12 dari Indonesia, 7 dari Australia, 3 dari Perancis, 4 dari Amerika Syarikat, 2 dari New Zealand, 2 dari Ukraine, dan 2 dari Kanada. Selain itu, terdapat juga seorang penumpang dari setiap negara berikut: Rusia, Itali, Taiwan, Belanda, dan Austria.
BACA:
Kucing yang sangat luar biasa, boleh hidu orang yang akan meninggal dunia dan pernah meramal lebih 100 kematian
Dalam kita mencaci negara haram, jangan kita silap dalam pertuturan, ini asal-usul perkataan ‘israel’ yang ramai tak faham
Hilang selera lelaki ini ketika menikmati ‘dessert’ yang dibeli, terjilat keratan jari manusia dalam aiskrim