Muak dan serik dengan tingkah laku, Aceh nekad halau 500 pelarian Rohingya

Muak dan serik dengan tingkah laku, Aceh nekad halau 500 pelarian Rohingya.

Sejak Ahad yang lalu, tiga buah bot yang membawa lebih daripada 500 pelarian Rohingya tiba di perairan paling barat wilayah Aceh.

Namun, kehadiran mereka menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk tempatan, dan penduduk setempat menghalang kapal-kapal tersebut daripada berlabuh di pantai mereka, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Ketua Perhubungan Awam Polis Aceh, Joko Krisdiyanto, menyatakan bahawa penduduk mempunyai alasan untuk menolak pelarian Rohingya kerana pengalaman sebelum ini dalam menerima golongan tersebut.

Sikap yang kurang menjaga kebersihan dan sukar diuruskan menjadi antara sebab majoriti penduduk Aceh menolak kehadiran pelarian Rohingya.

“Penduduk sudah muak dan serik dengan tingkah laku mereka. Pelarian Rohingya bukan sahaja tidak menghormati adab penduduk tempatan, malah amalan Islam mereka bertentangan dengan penerapan hukum Islam di Aceh.

Muak dan serik dengan tingkah laku, Aceh nekad halau 500 pelarian Rohingya

“Selain tiada tempat untuk menampung mereka, pelarian Rohingya juga kerap melarikan diri dan tidak tahu menjaga kebersihan,” kata Joko.

Pada bulan Disember yang lalu, penduduk di Desa Ulee Blang Mee di wilayah Blang Mangat menentang kehadiran pelarian Rohingya di hadapan bekas pejabat Imigresen Bandar Lhokseumawe.

Penduduk kampung tersebut mendesak Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) memindahkan 229 pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di pejabat tersebut.

Difahami, Indonesia adalah salah satu negara yang tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967.

Kementerian Luar Indonesia sebelum ini menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai tanggungjawab atau kapasiti untuk mencari penyelesaian berkaitan penempatan semula golongan pelarian termasuk etnik Rohingya.

BACA:
“Aku tak sangka, macam ni aku kena lepas kawin, paling teruk aku kena dengan dia lepas dia balik bercuti dari Istanbul”
Hotel usang dan lama terbiar dapat ‘rating’ tinggi dalam aplikasi penginapan, individu siap tunjuk bukti
Cara pelik dan tak masuk dek akal, wanita dikecam guna Paracetamol untuk lembutkan daging