JebatDerhaka

Muhammad telah dinobatkan sebagai nama bayi lelaki paling popular di United Kingdom

Muhammad telah dinobatkan sebagai nama bayi lelaki paling popular di United Kingdom.

Nama yang menjadi sinonim dalam kalangan umat Islam, iaitu Muhammad, telah dinobatkan sebagai nama bayi lelaki paling popular di United Kingdom (UK) pada tahun ini.

Menurut statistik BabyCentre, nama Muhammad menduduki tangga teratas bagi nama bayi lelaki di UK pada tahun 2023. Ini menandakan kekekalan Muhammad sebagai antara nama bayi lelaki yang paling popular di negara tersebut untuk beberapa tahun.

Selain nama utama Muhammad, variasi ejaan seperti “Mohammed” dan “Mohammad” juga tersenarai dalam senarai terkini.

Nama Noah pula muncul sebagai nama kedua paling popular, diikuti oleh sejumlah nama seperti Theo, Leo, Oliver, Arthur, George, Luca, Freddie, dan Jack.

Muhammad telah dinobatkan sebagai nama bayi lelaki paling popular di United Kingdom

Antara nama-nama Muslim yang turut tersenarai dalam senarai 100 nama popular termasuklah Ali, Abdullah, Ibrahim, Abdul, Musa, Ahmed, Yusuf, Omar, Zayn, dan Hamza.

Menurut BabyCentre, ibu bapa juga cenderung memilih nama klasik bagi bayi perempuan pada tahun ini. Selain itu, mereka menyukai ejaan yang berbeza atau serupa dengan ejaan asal nama.

Walaupun nampak remeh, BabyCentre menyatakan bahawa perkara ini sebenarnya menjadi keutamaan kepada ibu bapa semasa menamakan bayi masing-masing. Oleh itu, setiap variasi ejaan untuk nama yang hampir sama kini dianggap sebagai entri berasingan.

Dengan ketetapan tersebut, nama bayi perempuan paling popular pada tahun lepas, Sophia, jatuh ke tangga kelapan pada tahun ini disebabkan variasi ejaannya.

Muhammad telah dinobatkan sebagai nama bayi lelaki paling popular di United Kingdom

Nama klasik, Olivia, berjaya menjadi nama bayi perempuan paling popular diikuti oleh Amelia, Isla, Lily, Ava, Freya, Ivy, Sophia, Grace, dan Willow.

Layla merupakan nama Muslimah paling popular dan menduduki tangga ke-31 dalam senarai tersebut. Nama-nama lain seperti Maryam, Fatima, Nur, Aisha, Zahra, dan Raya juga tersenarai dalam indeks berkenaan.

Muhammad tidak hanya popular di UK, tetapi juga menjadi pilihan penduduk dunia. Muhammad, yang bermaksud ‘Yang Terpuji’ dalam bahasa Arab, juga merupakan nama rasul terakhir dalam agama Islam.

Nama ini menjadi antara yang paling banyak digunakan oleh rakyat di pelbagai negara di seluruh dunia. Menurut laman Bump, lebih daripada 150 juta lelaki diperkirakan menggunakan nama ini hingga hari ini.

BACA:
“Apa segala yang jadi mesti masa bapa aku tiada dirumah, ada satu malam kami bertiga dirumah, tiba-tiba perempuan bagi salam”
Wanita kongsi kisah seram di hospital, nampak sepasang kaki pucat dibalik tirai
“Dah dua tahun komen nak” – Individu dedah sindiket penipuan yang digunakan Aisar Khaleed