“Mungkin perasaan aku, tapi ini la realiti yang aku nampak pada suami masa aku tengah mengandungkan anak pertamanya”

“Mungkin perasaan aku, tapi ini la realiti yang aku nampak pada suami masa aku tengah mengandungkan anak pertamanya”.

Menerusi tangkap layar luahan perasaan seorang wanita di akaun Twitter @twtsecretsmy, dia yang sedang hamil pada mulanya beranggapan sang suami sudah kurang memberi perhatian kepada dirinya.

Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, pasti akan ada pasang surutnya. Ada ketika pasangan suami isteri itu menjalani detik bahagia. Ada juga yang diuji dengan dugaan seperti masalah kewangan dan kurang persefahaman.

Oleh sebab itu, dalam memastikan dan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga, suami isteri perlu saling percaya, memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Ini kerana ia merupakan antara faktor penting yang membantu mempertahankan hubungan serta menjadikan rumah tangga yang dibina menjadi lebih aman dan harmoni.

Mulanya Ingat Suami Tak Peduli

"Mungkin perasaan aku, tapi ini la realiti yang aku nampak pada suami masa aku tengah mengandungkan anak pertamanya"


Menerusi tangkap layar luahan perasaan seorang wanita di akaun Twitter @twtsecretsmy, dia yang sedang hamil pada mulanya beranggapan si suami sudah mula kurang memberi perhatian kepada dirinya.

Dia turut merasakan hanya dirinya sahaja yang lebih banyak melakukan persediaan berbanding pasangannya itu.

“Saja nak kongsi realiti perkahwinan. Saya dan suami akan menyambut kelahiran anak pertama tidak lama lagi. Kami membuat simpanan sebanyak yang mungkin untuk proses bersalin, baju bayi dan sebagainya.

“Tapi saya selalu rasa yang saya lebih banyak buat persiapan berbanding suami kerana saya yang banyak berbelanja untuk semua ini (persiapan kelahiran),” luahnya.

Wanita itu turut merasakan lelaki itu tidak banyak membantu kerana dia sentiasa hadir seorang diri sewaktu pemeriksaan kehamilan disebabkan suaminya baru bekerja.

“Syarikat saya sediakan kemudahan unlimited time off untuk pemeriksaan kehamilan, tapi dia baru bekerja dan masih dalam tempoh percubaan,” luahnya lagi.

Rakan Dedah Suami Makan Kuah & Telur Dadar, Pisang Setiap Hari Jumaat Selama 4 Bulan
Namun, segala tanggapan terhadap pasangannya itu berubah apabila dia mengetahui sesuatu dari rakannya yang juga teman sepejabat Encik Suami.

“Dia bagitahu suami saya hari-hari makan menu yang sama waktu tengahari, nasi putih, kuah, telur mata atau telur dadar dan air kosong sejak empat bulan. Setiap Jumaat tak pernah miss makan pisang percuma dekat meja,” luahnya.

Suami Rupanya Teruja & Banyak Tanya Tips
Yang lebih menyentuh hati wanita itu lagi adalah lelaki tersebut benar-benar gembira dengan kehamilannya dan sentiasa bertanyakan tips ibu bapa daripada rakan sepejabat.

Sedar bahawa suaminya benar-benar menyayangi diri dan anak yang bakal dilahirkan, wanita itu membuat keputusan untuk memberi kejutan kepada pasangannya itu.

“Pada malam 9/9, sewaktu dia tidur, daripada ‘kosongkan’ troli Shopee saya, saya ‘kosongkan’ troli dia.

“Ada dua benda sahaja yang dia betul-betul mahu, kasut untuk kerja dan losyen kesihatan. Kesemua 20 barang yang lain dalam troli dia, semua hanya untuk saya dan baby,” luah wanita berkenaan.

BACA:
Penumpang kecewa dihalau keluar dari pesawat, gara-gara mengadu tempat duduk bau muntah dekat pramugari
Lelaki hidap kencing manis menyesal tak sudah, mati pucuk usia muda gara-gara minuman bergas
Anak berkelulusan tinggi putih mata, sanggup halau ibu bapa kandung hanya kerana sebuah rumah dan sebidang tanah