JebatDerhaka

Mutawif beri amaran kepada jemaah, berwaspada kalau jumpa orang pegang serban merah

Mutawif beri amaran kepada jemaah, berwaspada kalau jumpa orang pegang serban merah.

Seperti yang pernah kita dengar sebelum ini, terdapat beberapa jemaah haji atau umrah yang dikatakan terjebak dalam skema penipuan di tanah suci apabila diminta membayar sejumlah wang oleh peminta sedekah yang kononnya sakit.

Baru-baru ini, satu lagi taktik penipuan di tanah suci terbongkar di mana beberapa individu meminta sejumlah wang selepas ‘membantu’ mengambil gambar di lokasi ziarah. Sebuah video yang viral di TikTok direkam oleh seorang mutawif syarikat pelancongan yang bertugas di sana.

“Dihatikan dengan kumpulan ini”

Dalam video tersebut, beberapa lelaki bergerak di satu kawasan sambil memegang serban berwarna merah. Taktik licik ini didakwa dilakukan oleh beberapa individu di tempat itu yang meletakkan serban di atas kepala jemaah secara tiba-tiba.

Sementara jemaah terkejut dengan situasi yang berlaku, individu tersebut akan mengambil gambar jemaah dan kemudian memaksa mereka untuk memberikan sejumlah wang.

Mutawif beri amaran kepada jemaah, berwaspada kalau jumpa orang pegang serban merah

“Banyak di antara mereka yang mengambil kesempatan di sini. Jika anda ingin mengambil gambar, minta bantuan mutawif sahaja.”

Di bahagian kapsyen, syarikat itu menyatakan bahawa individu tersebut sering kali mengambil kesempatan terutama terhadap warga emas. Mereka juga menasihati jemaah agar meminta bantuan mutawif sahaja yang bertanggungjawab mengambil gambar.

“Banyak yang mengambil kesempatan, terutama terhadap warga emas. Mereka datang dan meletakkan serban di kepala kita, kemudian mengambil gambar kita. Kita terkejut. Kemudian, mereka meminta wang dari kita. Selepas ini, mintalah mutawif yang mengambil gambar.”

Di bahagian kapsyen, beberapa netizen berkongsi pengalaman yang serupa di mana mereka juga ‘terkena’ oleh taktik penipuan ini.

@safarbuddies.com HATI HATI JEMAAH!! Mereka banyak ambik kesempatan, terutama kepada warga emas. Mereka datang terus letak serban atas kepala lepastu tangkap gambar kita. Kita pun terpinga – pinga. Habis tu dia minta kita Duit. Lepasni Minta Tolong Mutawif ja tangkapkan gambar. hihi . . #umrahvlogs❣️ #umrahmemories #scammermekah #fakephotographer #waspada #jabalrahmah #fyp #fypシ #fypmekah ♬ original sound – Safar Buddies Travel HQ
BACA:
Perangai berubah lepas kerja kerajaan, suami pelik jumpa mesej isteri dengan cleaner sekolah – ‘lega dah period’
Kecoh satu sosmed, pengantin kena kecam gara-gara tak hormat solat jenazah, rakan buka mulut hal sebenar
Elak dari tulis nama Allah pada kad jemputan kahwin, boleh membawa kepada masalah seperti ini