JebatDerhaka

Najib Razak rasuah beli undi PRU-13, terima sebanyak USD$681 juta

Najib Razak rasuah beli undi PRU-13, terima sebanyak USD$681 juta

Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima wang sebanyak AS$681 juta yang disyaki sebagai wang rasuah untuk membeli undi semasa penyediaan menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) pada 2013 lalu.

Saksi pendakwaan ke-49 Nur Aida Arifin, 37, berkata, wang yang diterima itu dimasukkan ke akaun peribadi bekas Perdana Menteri tersebut daripada syarikat pelaburan, Tanore Finance Corporation melalui Falcon Private Bank Singapore yang mana wang tersebut dimasukkan ke akaun Amprivate Banking, AmBank Berhad Najib.

Saksi itu berkata, aduan mengenai kemasukan wang itu diterima pada 4 Mei 2015 dan siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“Isi kandungan aduan tersebut antara lain menyatakan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Menteri Kewangan telah menerima suapan melalui dana awam pelaburan 1MDB berjumlah RM3.2 bilion untuk kepentingan peribadi beliau,” katanya.

Dalam prosiding sebelum ini, Mahkamah Tinggi diberitahu, Tanore Finance telah memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank milik Najib.

Najib Razak rasuah beli undi PRU-13, terima sebanyak USD$681 juta

Menurut Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB, Adam Ariff Mohd. Roslan, yang juga saksi ke-47 pada hari sama Tanore Finance menerima AS$640 juta iaitu pada 21 Mac 2013, yang kemudian mengarahkan Falcon Bank memindahkan AS$681 juta ke nombor akaun 211-202-200969-4 di bawah nama ‘AmPrivate Banking–MR’ di AmIslamic Bank secepat mungkin.

Bagi kes pendakwaan, Tanore Finance adalah syarikat yang dikawal oleh Eric Tan Kim Loong, iaitu sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low.

Sementara itu, dalam prosiding hari ini, Nur Aida berkata dalam Borang Aduan lain, maklumat diterima menunjukkan, Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Menteri Kewangan menerima suapan melalui dana awam pelaburan 1MDB berjumlah RM3.217 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun sama di antara 2011 dan 2013, untuk kepentingan peribadi.

Katanya, aduan dibuat bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM di mana beliau sendiri menandatangani aduan berkenaan yang dibuat pada 17 Mei 2018.

Selain itu, wanita tersebut berkata, pada 17 Mei 2018 pula, aduan diterima menyatakan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan Menteri Kewangan, menerima suapan.

“Rasuah itu diperoleh melalui dana pelaburan 1MDB berjumlah RM3.217 bilion, dipercayai untuk kepentingan peribadi Najib, di akaun bank sama antara tahun 2011 hingga 2013.

“Fokus siasatan ialah di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 iaitu berkenaan dengan kemasukan wang dalam jumlah yang sangat besar ke dua akaun peribadinya, berakhir nombor 9694 dan 1880 antara tahun 2011 dan tahun 2014,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bersambung dengan Nur Aida membaca pernyataan saksi setebal 95 muka surat.

BACA:
Bagaimana Tsunami boleh melanda sesuatu negara? Ini perkara yang anda harus tahu dan bersiap sedia
“Aku dikejutkan dengan berita yang sangat dukacita, dengan kuatkan semangat aku, aku jumpa ex dia dan dia buka segalanya”
Penuh masjid orang datang! Program Geng Subuh Macam Jumaat anjuran Alif Satar menjadi