“Nak berniaga apa barang dah hilang” – Peniaga luah rasa kecewa, ikan dan udang yang di simpan kena curi orang lain

“Nak berniaga apa barang dah hilang” – Peniaga luah rasa kecewa, ikan dan udang yang di simpan kena curi orang lain.

Sebagai peniaga, pastinya ada cabaran yang perlu dihadapi. Bezanya, sama ada ia banyak atau sedikit dan cepat atau lambat.

Seorang peniaga meluahkan rasa kecewa selepas mendapati barang niaga yang disimpan dan ditinggalkan di tempat niaganya hilang.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @mukhriznasir_, peniaga itu menunjukkan beberapa barang seperti khemah dan juga alat penimbang telah hilang di lokasi.

Bukan itu sahaja, barang jualannya seperti ikan dan udang yang disimpan di situ turut dicuri.

Melihat beberapa barangan niaga hilang, lelaki itu hanya mampu terduduk dengan situasi yang dihadapi.

"Nak berniaga apa barang dah hilang" - Peniaga luah rasa kecewa, ikan dan udang yang di simpan kena curi orang lain

Jelasnya, dia menggunakan motosikal untuk mengambil barang jualan itu kerana kereta yang digunakan untuk berniaga sedang rosak.

“Kereta kami rosak, gearbox pecah, kami pergi ambil ikan pun naik motosikal.

“Sebab clutch kereta mula-mula putus, duit dah keluarkan. Bila dah tahu punca, rupanya gearbox rosak, Allahuakbar.

“Nak berniaga, nak berniaga apa? Barang hilang,” rintihnya.

Maklumnya, dia tidak dapat simpan barangan tersebut di rumahnya kerana tidak mempunyai pengangkutan yang besar untuk mengangkat barang jualan.

Menerusi video berasingan, dia turut menjelaskan motosikal yang digunakan itu pula hanyalah kenderaan yang dipinjam daripada kawan. Tambahnya, dia reda dengan situasi yang menimpanya.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian ramai, rata-ratanya menitipkan doa supaya urusan lelaki itu dimudahkan. Ada juga yang menawarkan bantuan untuk membeli khemah baharu buat peniaga itu.

@mukhriznasir_ Dugaan Pagi ni, Allahu☺️ #famliyfish ♬ bunyi asal – MUKHRIZ SDN BHD
BACA:
Isteri tampar suami depan orang ramai, kantoi curang dengan perempuan lain dekat restoran
Brother kongsi tip pilih barangan elektrik yang bagus, bukan hanya ‘brand’ semata-mata
Mayat lelaki penyeluk saku akhirnya dikebumikan selepas 128 tahun meninggal dunia