Negara yang bertuah dan menjadi tumpuan para pelancong, Malaysia duduk di tempat ke-2 untuk negara paling aman

Malaysia, tanah air yang bertuah, bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan, tetapi juga dengan keharmonian antara kaum dan kepelbagaian budaya yang unik. Perpaduan istimewa ini menjadi daya tarikan utama bagi pelancong dari seluruh dunia untuk datang dan merasai sendiri keistimewaan Malaysia.

Kisah-kisah mengagumkan tentang kerukunan dan kedamaian yang wujud di kalangan masyarakat Malaysia sering didengar daripada warga asing. Keunikan ini mendorong ramai individu memilih Malaysia sebagai rumah kedua mereka melalui program-program seperti Malaysia My Second Home (MM2H).

Kemakmuran ekonomi, kepelbagaian budaya yang kaya, dan kestabilan keamanan merupakan faktor utama yang menarik minat mereka untuk menetap di Malaysia.

Malaysia di Kedudukan Kedua Paling Aman di Asia

Menurut Indeks Keamanan Global (GPI) 2024, Malaysia menduduki tempat yang membanggakan sebagai negara kedua paling aman di Asia, dan ke-10 di peringkat dunia. Pencapaian ini diraih berdasarkan petunjuk-petunjuk kualitatif dan kuantitatif yang digunakan untuk mengukur tahap keselamatan sesebuah negara. Malaysia mencatat 1.427 mata dalam indeks ini.

Negara yang bertuah dan menjadi tumpuan para pelancong, Malaysia duduk di  tempat ke-2 untuk negara paling aman

Eropah Mendominasi Senarai 10 Negara Paling Aman

Seperti tahun-tahun sebelumnya, negara-negara Eropah mendominasi 10 negara paling aman di dunia. Iceland berada di tangga teratas sebagai negara paling aman dengan 1.112 mata, diikuti oleh Ireland di tempat kedua dengan 1.303 mata dan Austria di tempat ketiga dengan 1.313 mata.

New Zealand berada di tangga keempat dengan 1.323 mata, manakala Singapura berada di tangga kelima dengan 1.427 mata. Singapura juga merupakan negara paling aman di Asia dan satu-satunya negara dari benua ini selain Malaysia yang tersenarai dalam 10 teratas.

Switzerland berada di tangga keenam (1.35), Portugal di tangga ketujuh (1.372), Denmark di tangga kelapan (1.382), dan Slovenia di tangga kesembilan (1.395).

GPI merupakan pengukur utama kedamaian global yang telah diterbitkan selama 17 tahun berturut-turut. Indeks ini menilai 163 negara, mewakili kira-kira 99.7 peratus daripada penduduk dunia.

BACA:
Sepasang pasangan buat perangai pelik, bakar kamera perangkap had laju guna objek besar berbentuk cincin
Pekerja pembersihan terkejut ketika sedang melakukan tugas, jumpa bag berisi wang dalam rumah pusaka
Lepas lihat semula video ibu Zayn Rayyan sambut harijadi di kubur, netizen mula buat kerja dan jumpa ‘sesuatu’