Nelayan selamba buang bangkai haiwan mirip dinosaur yang dijumpai, rupanya ada sebab tersendiri

Pada tahun 1977, sekelompok nelayan Jepun sedang melaut di perairan timur Christchurch, New Zealand, ketika mereka menemukan sesuatu yang sangat aneh. Di tengah lautan luas, mereka menemukan bangkai makhluk laut gergasi seberat 1,800 kilogram.

Makhluk misteri ini memiliki ciri-ciri yang sangat unik: leher panjang seperti ular, empat sirip besar berwarna merah, dan ekor sepanjang kira-kira dua meter. Penemuan ini terus menggemparkan para nelayan dan menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam.

Malangnya, kerana keadaan bangkai yang sudah sangat busuk dan mengeluarkan bau yang sangat menyengat, para nelayan memutuskan untuk membuangnya kembali ke laut. Namun, sebelum dibuang, mereka sempat mengambil beberapa sampel seperti tulang, kulit, dan sirip untuk kajian lanjut.

Nelayan selamba buang bangkai haiwan mirip dinosaur yang dijumpai, rupanya ada sebab tersendiri

Para ahli biologi laut dari Universiti Yokohama dan Tokyo turut tertarik dengan penemuan ini. Mereka melakukan kajian mendalam terhadap sampel yang diambil oleh para nelayan. Beberapa teori pun muncul, termasuk kemungkinan makhluk tersebut adalah ular laut hingga plesiosaurus, sejenis reptilia laut yang diperkirakan telah pupus jutaan tahun lalu.

Namun, ada juga pakar yang berpendapat bahawa makhluk tersebut sebenarnya adalah ikan jerung basking yang sedang mengalami pembusukan. Ketika ikan jerung basking membusuk, bahagian tubuhnya seperti moncong dan sirip sering kali terlepas terlebih dahulu, membuatkannya kelihatan seperti makhluk prasejarah.

Sampai sekarang, misteri mengenai identiti makhluk laut gergasi yang ditemukan oleh para nelayan Jepun tersebut masih belum terpecahkan secara pasti. Walaupun begitu, penemuan ini tetap menjadi salah satu misteri terbesar di dunia kelautan dan terus menarik minat para saintis dan penjelajah.

BACA:
Pasangan ‘Childfree’ buat pengakuan berani mati, anggap anugerah tuhan satu perkara yang membebankan
Bengang rambut anak digunting, bapa murid herdik guru depan orang ramai kaitkan nabi dan neraka
“Tak menang emas pun tak apa, asal menang dekat baju” – MOM akur kesilapan dan tukar rekaan baju kontinjen negara