New Delhi alami gelombang haba yang luar biasa, suhu harian cecah 52.3 darjah celcius

Ibu negara India, New Delhi dilaporkan telah merekodkan suhu harian tertinggi dalam sejarah negara tersebut pada hari Rabu, lapor Agensi Anadolu.

“Stesen cuaca Mungeshpur di Delhi mencatatkan suhu setinggi 52.3 darjah Celsius pada hari Rabu. Ini adalah rekod tertinggi yang pernah dicatatkan di bandar ini,” kata jurucakap Jabatan Meteorologi India, Kuldeep Srivastava.

Beberapa bandar lain di negara itu juga turut mencatatkan suhu tinggi sehingga mencecah 49 darjah Celsius dengan bandar Churu mencapai 50.5 darjah Celsius.

Suhu di New Delhi Cecah 52.3 Darjah Celsius, Gelombang Haba dari Rajasthan Antara Punca
Sementara itu, Srivastava turut menjelaskan bahawa peningkatan suhu ini disebabkan oleh gelombang haba yang datang dari Rajasthan.

“Sebahagian daripada Delhi turut terdedah kepada gelombang haba ini yang memburukkan lagi keadaan cuaca yang sudah teruk.

New Delhi alami gelombang haba yang luar biasa, suhu harian cecah 52.3 darjah celcius

“Kawasan seperti Mungeshpur, Narela, dan Najafgarh merupakan kawasan pertama yang mengalami gelombang haba ini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh NDTV.com.

Menurut portal berita itu lagi, suhu yang dicatatkan adalah sembilan darjah lebih tinggi daripada suhu jangkaan. Malah, ia juga memecahkan rekod gelombang haba pada tahun 2002 iaitu 49.2 darjah Celsius.

Jabatan Meteorologi India Telah Mengeluarkan Notis Kesihatan Amaran Merah
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi India turut mengeluarkan notis kesihatan amaran merah kepada penduduk tempatan mengenai kebarangkalian mendapat strok haba dalam semua peringkat umur yang sangat tinggi.

Menurut NDTV.com lagi, para penyelidik mendapati perubahan iklim menyebabkan gelombang haba menjadi lebih lama, lebih kerap, dan lebih teruk.

Kawasan Rajasthan mencatat suhu maksimum 51 darjah Celsius diikuti bandar Phalodi yang mencapai 50.8 darjah Celsius, manakala bandar Sirsa di Haryana mencatatkan 50.3 darjah Celsius.

Penurunan sehingga 4 darjah Celsius di daerah selatan Rajasthan telah direkodkan hari ini susulan pembawaan angin lembap dari Laut Arab yang menunjukkan pengurangan gelombang haba di barat laut India.

BACA:
Dengan hanya menggunakan Kriss 110, remaja berusia 18 tahun berjaya sampai ke Mekah
Salah satu cawangan Bata mengumumkan bakal ditutup setelah hampir 30 tahun beroperasi
Terima banyak aduan, BJAK rupanya tiada kelulusan untuk urusan pembaharuan lesen