Niat pergi mengaji tak kesampaian, lelaki pusing kampung jual anggota badan isteri lepas ‘kerat’ dalam rumah

“Beli daging Yanti, beli daging Yanti.” Seorang lelaki telah mengelilingi kawasan kampung menjual daging kambing yang diletakkan dalam besen dan bungkusan karung. Tiada siapa yang menyangka, sebenarnya daging yang cuba dijual kepada jiran adalah anggota badan isterinya yang sudah ‘terpisah’ kepada beberapa bahagian.

Kejadian berlaku awal pagi semalam.

Kejadian menyayat hati ini dilaporkan berlaku pada Jumaat semalam pada jam 7.30 pagi di mana rakaman ketika Tarsum, 41 tahun, cuba menjual daging tersebut turut tersebar di media sosial. Apabila diperhatikan dengan lebih dekat, jiran-jiran cukup terkejut apabila mengetahui perkara sebenar.

Tarsum didakwa mengalami masalah tekanan jiwa (depresi).

Niat pergi mengaji tak kesampaian, lelaki pusing kampung jual anggota badan isteri lepas 'kerat' dalam rumah

Tok Penghulu desa berkenaan menjelaskan bahawa Tarsum, yang didakwa menghidap depresi, sebelum ini cuba mengakhiri hidupnya pada awal minggu ini dengan cara ‘menghentam’ kepala ke dinding rumah. Walaupun sebelum ini, dia merancang untuk merantau bekerja di bandar lain dan sudah menitipkan dua orang anaknya di jagaan jiran mereka.

Motif masih dalam siasatan… Yanti sudah dibawa untuk proses autopsi.

Sehingga kini, motif Tarsum menganiaya Yanti, 40 tahun, masih belum dapat ditemui. Namun menurut penduduk kampung, Tarsum dan Yanti tidak pernah mengalami sebarang masalah rumah tangga. Malah, Tarsum yang menyara kehidupannya sebagai penjual daging kambing masih keluar berdagang seperti biasa pada hari Khamis. Sebelum pergi buat selamanya di tangan suaminya sendiri, saksi mengakui mendengar jeritan sayup Yanti untuk kali terakhir.

“Pekerjaan harian dia adalah menjual kambing. Bukanlah dia bankrap, kerana dia masih berdagang. Kelmarin (Khamis) dia masih keluar menjual.”

BACA:
Wanita pesara kerajaan lesap RM122,000 lepas jumpa tiga wanita China ketika berada di pasar tani
Niat nak elak kesesakan lalu lintas tak kesampaian, ‘Waze’ scam 100 buah kereta masuk lorong kecil
Orang ramai perasan sesuatu dalam video podcast Amelia Henderson, lain pula cerita lepas netizen siasat