Seorang wartawan di Kota Batu, wilayah Jawa Timur memuat naik gambar yang menunjukkan penampakan lembaga yang dipercayai pocong sedang mengintai di luar rumahnya, seperti dilaporkan oleh laman berita Media Online Indonesia kelmarin.
Gambar itu dirakam secara tidak sengaja.
Wartawan yang bernama Agus Adianto itu menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku pada waktu tengah malam Sabtu yang lepas. Pada masa itu, beliau sedang merakam gambar anaknya yang sedang tidur di ruang tamu.
“Awalnya, saya tidak menjangka bahawa gambar tersebut akan menampakkan susuk pocong di luar rumah. Setelah saya bertanya kepada jiran-jiran, mereka memberitahu bahawa penampakan tersebut sering berlaku,” katanya.
Agus menambah bahawa sebelum gambar itu dirakam, anak sulungnya telah mengadu menghidu bau busuk yang menusuk hidung.

“Pada masa kejadian sekitar pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan), anak saya sedang memasak mi segera di dapur dan tiba-tiba tercium bau yang menusuk hidung.
“Tidak lama kemudian, kami mendengar bunyi ‘duk-duk’, tetapi kami tidak mengambil kisah,” ujarnya.
Agus menambah bahawa dia dan keluarganya tidak terganggu dengan gambar tersebut.
“Sebagai orang Islam dan yang percaya kepada kewujudan makhluk halus, kita tidak perlu takut kerana martabat kita lebih tinggi daripadanya,” katanya.
