Niat tak menghalalkan cara, lelaki sanggup menyamar dari perempuan semata-mata nak tengok gadis berniqab

Kejadian seorang lelaki menyamar dengan berpakaian perempuan dan menyelinap masuk ke saf jemaah wanita di rumah Allah bukanlah perkara yang baru dilaporkan. Biasanya, taktik ini digunakan untuk mencuri beg para jemaah yang mungkin mengandungi barang berharga seperti telefon bimbit atau wang.

Tangan wanita yang berjubah hitam yang kelihatan kasar mencetuskan kecurigaan di kalangan jemaah perempuan.

Bagi lelaki yang ditangkap dengan penampilan berjubah dan berpurdah ini, beliau memberikan alasan yang berbeza. Pada mulanya, jemaah wanita mulai merasa curiga kerana ‘perempuan’ tersebut tidak menjawab salam, enggan berkomunikasi, dan tangan beliau kelihatan kasar. Gerak-gerinya yang mencurigakan dan penampilannya yang menyerupai lelaki membuatkan keadaan menjadi semakin mencurigakan.

MJ sangat ingin melihat wajah sebenar jemaah yang berpurdah.

Niat tak menghalalkan cara, lelaki sanggup menyamar dari perempuan semata-mata nak tengok gadis berniqab

Akhirnya, beliau dibawa keluar dari saf tersebut dan diminta untuk menanggalkan purdahnya. Namun, lelaki yang dikenali sebagai ‘MJ’ enggan memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri dari situ. Tindakan tersebut hanya menambah kecurigaan jemaah wanita. MJ, seorang guru sekolah, menyatakan bahawa dia hanya ingin melihat wajah sebenar jemaah yang berpurdah di sana.

Isteri MJ akan membawa suaminya untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Penyebaran video mengenai kejadian ini menarik perhatian isteri MJ yang baru mengetahui tentang kelakuan ‘aneh’ suaminya. Oleh itu, beliau akan membawa MJ untuk mendapatkan pemeriksaan psikologi serta kaedah ruqyah.

https://www.tiktok.com/@tintainformasi.com/video/7350432953974934789?lang=en
BACA:
Tabiat bancuh air lepas bertengkar terbongkar, isteri terkejut suami buat sesuatu lepas setahun kahwin
Pelancong kene scam, beli burger harga RM10 tapi dapat sos banjir tanpa telur dan keju
Penduduk kena redah sungai dan berenang nak bawa keluar jenazah untuk dikebumikan