Orang ramai kurang senang tengok gelagat Dato Seri Vida, tayang barang kemas penuh dekat lengan

Orang ramai kurang senang tengok gelagat Dato Seri Vida, tayang barang kemas penuh dekat lengan. Perkongsian usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang memuatnaik rakaman video dirinya menunjukkan barang kemas yang sarat di pergelangan tangan serta kepala.

Menurut Vida menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dirinya sudah terlalu lama tidak menggayakan barang kemas yang berat sedemikian.

“Berhias Tu Janganlah Melampaui Batas…”

Walaubagaimanapun, perkongsian DSV di media sosial telah menimbulkan rasa kurang senang oleh sesetengah netizen, malah ada yang meluahkan rasa kesal melihat DSV yang dikatakan riak menunjukkan barang kemas miliknya.

“Dok sedekah sana sini tapi perangan tak berubah dato. Tak malu dengan diri sendiri tapi bagi la contoh yang baik untuk anak-anak.”

Orang ramai kurang senang tengok gelagat Dato Seri Vida, tayang barang kemas penuh dekat lengan

“Riaknya Allahuakbar. Kita tak boleh bawak masuk kubur pun semua tu.”

“Berhias tu janganlah melampaui batas. Berpada-padalah. Hidup ini sementara je. Bila mati tu semua tu akan ditinggalkan. Insaf diri.”

“Ya Allah, takburnya kamu.”

“Cucu saya tengok, tergelak dan geleng kepala. Jangan berlebihan bila memakai sesuatu.”

“Datuk, yang kat kepala tu memang untuk pakai kat kepala ke? Sebab tak boleh imagine kalau pakai kat leher.”

Terdahulu, DSV pernah mencetuskan pelbagai reaksi oleh netizen selepas menayang gelang emas di media sosial. Ada yang mendakwa bunyi gelang yang digayakan DSV kedengaran seperti gelang kosong dan ringan.

BACA:
Sudah 6 tahun berkahwin, lelaki ini baru tahu yang isterinya…
“Homestay cantik dan berada ditepi laut, aku tak sangka family aku kena gangguan yang macam tu”
Jarang-jarang berlaku, lelaki terselamat dipanah petir sebanyak 2 kali, kejadian dilihat oleh anak dan isteri