Orang ramai puas hati, kamera alih pemandangan ketika pelayaran masuk kontinjen negara haram

Acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung telah menarik perhatian ramai, terutama dengan kehadiran kontinjen dari setiap negara.

Namun, satu insiden mencuri perhatian netizen apabila kemunculan sebuah kontinjen yang dikatakan sebagai ‘pendatang haram’ seolah-olah diabaikan oleh pihak produksi. Kamera yang sepatutnya fokus kepada pasukan tersebut, sebaliknya menyorot ke arah pemandangan sekitar Sungai Seine.

Lebih mengejutkan, sebaik sahaja kontinjen itu muncul, terdengar suara penonton mengejek dan melaungkan kata-kata kesat.

Orang ramai puas hati, kamera alih pemandangan ketika pelayaran masuk kontinjen negara haram

Selepas giliran pasukan Itali, kamera kembali fokus kepada kontinjen-kontinjen lain yang dengan bangganya mengibarkan bendera negara masing-masing.

Rakaman video yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menjadi tular di platform TikTok dengan jumlah tontonan melebihi satu juta.

Ramai netizen memuji pasukan produksi, termasuk pengulas sukan, kerana bijaksana tidak menyorot atau menyebut mengenai kontinjen yang menjadi kontroversi tersebut.

BACA:
Pelajar 16 tahun menang pertandingan SSC 2024 anjuran Apple untuk cipta aplikasi ‘Tracklist’
Youtuber buat ‘content’ yang tak masuk akal, rakam anak meraung terkunci kepanasan dalam kereta
“Katanya beri makan je, lama kelamaan dah macam suami isteri, ada sekali ibu kantoi dengan ayah, mereka kena buku dan ruas”