Pangsapuri 5 tingkat jadi 4 tingkat sebab mendap, akibat gegaran kuat kerja pembinaan yang berdekatan

Pangsapuri 5 tingkat jadi 4 tingkat sebab mendap, akibat gegaran kuat kerja pembinaan yang berdekatan.

Pelbagai rakaman klip video tular susulan kes bangunan pangsapuri di Taipei yang bergegar sebelum keseluruhan satu tingkat bangunannya mendap pada 7 September lalu.

Bangunan di kejiranan Dazhi, Taipei yang pada asalnya setinggi lima tingkat, bertukar menjadi empat tingkat dan sekurang-kurangnya empat bangunan pangsapuri lain di kawasan sama condong atau retak.

Walaupun kes itu tidak membabitkan sebarang kecederaan, ia mendedahkan kelemahan dalam peraturan pembinaan di Taipei dan menimbulkan persoalan mengenai kecuaian dalam industri pembinaan dan pihak berkuasa yang mengawal selia.

Beberapa syarikat mengambil jalan singkat dengan mengabaikan keselamatan terutama tidak mengambil kira struktur tanah di Taipei yang longgar dan memerlukan pembinaan tapak asas yang lebih kukuh berbanding biasa.

Menurut penilaian awal kerajaan, bangunan di Dazhi runtuh akibat kesan daripada projek pembinaan besar yang berdekatan.

Pangsapuri 5 tingkat jadi 4 tingkat sebab mendap, akibat gegaran kuat kerja pembinaan yang berdekatan

Pegawai di bandar raya itu berkata syarikat yang bertanggungjawab, Kee Tai Properties (Kee Tai), menggali sehingga kedalaman tiga tingkat tanpa menyelesaikan kerja asas yang betul bagi memastikan pembinaan boleh dilakukan dengan selamat.

Di pihaknya, Kee Tai berkata ia bertanggungjawab atas kejadian itu dan akan membantu membayar sewa untuk penduduk yang terjejas iaitu sekitar 25 isi rumah di perumahan itu bagi tempoh tiga tahun akan datang, sementara mereka mencari rumah baharu.

Pengerusi syarikat itu, Chen Shih-ming, memohon maaf pada sidang akhbar dan meletak jawatan dalam masa seminggu.

Menurut peraturan bandar Taipei, hanya penggalian 12 meter atau lebih perlu menjalani semakan oleh juruaudit pihak ketiga dan penggalian dijalankan Kee Tai dalam kes ini adalah pada kedalaman 11.95 meter, semata-mata bagi mengelak pemeriksaan.

Bagaimanapun, dalam keadaan sedemikian, peraturan menetapkan bahawa syarikat pembinaan yang bertanggungjawab harus menilai sama ada wujud sebarang kerosakan pada bangunan kejiranannya disebabkan kerja pembinaan yang dijalankan.

Dalam kes ini, Kee Tai mengupah pakarnya sendiri yang mengesahkan proses pembinaannya sebagai selamat.

Sebagai tindak balas kepada perdebatan berterusan yang telah mendominasi berita utama sepanjang minggu lalu, Datuk Bandar Taipei, Chiang Wan-an, berkata beliau akan menubuhkan pasukan petugas untuk meneliti kes Dazhi dan menyemak peraturan pembinaan.

Satu daripada tragedi membabitkan projek pembinaan terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah pada 2016 apabila bangunan Weiguan Golden Dragon di bandar Tainan dekat selatan Taiwan runtuh berikutan gempa bumi.

Kesemua 117 mangsa maut kecuali dua individu, akibat terperangkap di dalam bangunan yang didapati dibina menggunakan tin minyak masak komersial pada bahagian tiangnya.

SUMBER

BACA:
Orang gaji tak sedar diri, selamba tarik perhatian suami majikan sendiri guna ayat tak senonoh dan lucah
Tati Skincare dikesan mengandungi racun berjadual, boleh rosak buah pinggang dan sistem saraf
“Mungkin perasaan aku, tapi ini la realiti yang aku nampak pada suami masa aku tengah mengandungkan anak pertamanya”