Pasangan alami rambut gugur dan radang dada, baru tahu mandi dan minum air tandas selama 6 bulan

Pasangan alami rambut gugur dan radang dada, baru tahu mandi dan minum air tandas selama 6 bulan.

Pasangan kekasih di Beijing, China baru-baru ini sedar bahawa mereka telah tersilap minum, masak, dan mandi menggunakan air tandas selama enam bulan.

Menurut laporan Mirror UK, Tan dan teman wanitanya mengalami masalah kesihatan sejak pindah ke rumah baru mereka pada bulan Mei lalu. Tan mengalami masalah keguguran rambut dan jerawat teruk, manakala teman wanitanya mengalami batuk dan rasa keradangan di dada.

Setelah beberapa bulan, Tan semakin hairan kerana bil air kediaman mereka tidak dipotong walaupun mereka belum membuat sebarang pembayaran. Mereka juga mendapati meter air tidak bergerak walaupun mereka menggunakan air setiap hari.

Setelah memanggil seorang tukang paip, mereka terkejut apabila menemui sebatang paip yang menghubungkan air tandas dengan paip air utama.

Pasangan alami rambut gugur dan radang dada, baru tahu mandi dan minum air tandas selama 6 bulan

Pasangan tersebut diberitahu bahawa mereka telah menggunakan campuran air paip dan air tandas untuk minum, masak, dan mandi.

Paip tersebut kemudian diperbaiki, dan Tan segera meminta ganti rugi daripada firma penyewaan rumah itu.

BACA:
Warganet perasan sesuatu ketika Uqasha Senrose bergambar dengan Ustaz Azhar Idrus
Pengantin dirasuk ketika majlis berlangsung, minta bunga kembang tujuh rupa
4 beradik dihalau dan ditinggalkan di pondok pengawal oleh keluarga sendiri