Pasar di China di serbu remaja, datang semata-mata nak tepuk punggung kambing biri-biri

Baru-baru ini, trend aneh muncul di China di mana banyak remaja percaya bahawa menepuk punggung kambing dapat mengurangkan tekanan atau stres.

Menurut laporan South China Morning Post, sebuah pasar di Xinjiang dilanda remaja yang mencari penjual kambing dan meminta izin untuk menepuk punggung haiwan ternakan tersebut.

Seorang remaja berkongsi di platform media sosial Xiaohongshu bahawa dia merasa ‘ketagihan’ dengan punggung kambing yang lembut dan melenting apabila disentuh.

Pasar di China di serbu remaja, datang semata-mata nak tepuk punggung kambing biri-biri

Dalam video yang dikongsikan, remaja itu terlihat menepuk punggung kambing sambil mengatakan ia dapat mengurangkan tekanan yang dirasakannya.

Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan bahawa cara ini boleh membawa risiko kerana najis di punggung haiwan boleh melekat pada tangan mereka yang menyentuh.

Trend ini telah mencetuskan perbincangan sengit di media sosial China, di mana beberapa netizen menyatakan rasa ‘kasihan’ kepada kambing-kambing yang menjadi mangsa karenah manusia.

“Sayu hati saya melihat kambing-kambing ini. Sekiranya mereka boleh bercakap, mereka mungkin akan melarang manusia daripada mengganggu mereka,” kata seorang netizen.

“Saya harap pengembala tempatan boleh mengawal dan menetapkan peraturan yang ketat, seperti menghadkan bilangan orang yang boleh menyentuh kambing,” tambahnya.

Seorang pakar yang dihubungi oleh portal berita Post mengatakan bahawa terdapat kesan negatif di sebalik populariti trend ini.

“Generasi muda mencuba untuk melepaskan tekanan hidup mereka dengan cara yang tidak biasa,” katanya.

“Walaupun begitu, mengikuti trend tanpa berfikir panjang tidak disokong. Tingkah laku ini tidak menghormati haiwan dan masyarakat harus mencari hiburan lain yang lebih baik,” tambahnya.

BACA:
Tak guna produk petroleum macam Malaysia, Petronas di Brazil guna bahan api etanol hasil dari tebu
Hidangan utama tak sampai lagi pasangan suami isteri dah hilang selera, jumpa bangkai tikus dalam kuah tosai
Aeril Zafril buru penceroboh rumah, jumpa barang pelik dalam tong sampah dipercayai sihir