Peguam Ebit Lew failkan saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam

Peguam Ebit Lew failkan saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam.

Isnin lalu pendakwah bebas, Ebit Lew, tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dilemparkan oleh TikToker Mondy Tattoo dalam video podcast yang dikendalikan oleh selebriti Caprice.

Menyedari perkara itu, Caprice meminta Ebit segera memfailkan dan menghantar saman itu kepadanya agar Mondy dapat memfailkan saman balas terhadap Ebit.

Hari ini, Ebit melalui hantaran di Instagram memaklumkan dia telah melantik Dato’ Akberdin untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Caprice dan Mondy.

“Peguam saya, Dato’ Akberdin telah memfailkan saman fitnah kepada Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam tadi,” katanya.

Tindakan Ebit mengundang pelbagai reaksi netizen terutama pengikutnya yang berharap segala dakwaan itu sama ada benar atau fitnah akan terjawab di mahkamah.

Peguam Ebit Lew failkan saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam

Terdahulu, Mondy melalui video podcast Caprice Original Films, mendakwa Ebit telah menyentuh tangan, mengusap pipi dan cuba menciumnya pada hari pertama tiba di Malaysia.

Sementara itu, polis juga telah membuka kertas siasatan terhadap Ebit, selepas pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh Mondy, lima hari lebih awal sebelum Ebit juga berbuat demikian.

Media juga melaporkan, Ebit juga disiasat atas dakwaan merogol, berdasarkan laporan yang dibuat oleh Mondy.

BACA:
Lelaki terkilan dapat tahu anak dara sebenarnya lelaki berumur 53 tahun, lesap RM15,000 duit hantaran
Sikat misai vokalis kumpulan Queen dilelong dengan harga hampir RM1juta
Keadaan jadi panik, ibu tak sedar anak usia 2 tahun lintas jalan lepas turun dari kereta