Pekerja makanan segera tiada ‘common sense’?, pelanggan berbangsa india terkilan dapat burger daging percuma

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan budaya. Keunikan ini menjadikan Malaysia istimewa di mata dunia.

Walaupun terdapat perbezaan agama dan budaya, rakyat di negara ini saling menghormati antara satu sama lain, termasuk dalam hal pegangan dan pantang larang makanan.

Sebagai contoh, individu beragama Islam tidak dibenarkan memakan makanan seperti daging babi dan benda-benda memabukkan seperti alkohol.

Sementara itu, masyarakat India tidak memakan daging lembu kerana haiwan itu dianggap suci dan merupakan anugerah daripada tuhan yang perlu dihargai.

Oleh itu, ada segelintir masyarakat India yang sensitif jika ada individu menawarkan daging lembu kepada mereka.

Pekerja makanan segera tiada 'common sense’?, pelanggan berbangsa india terkilan dapat burger daging percuma

Pemberian Burger Daging Percuma Kepada Pelanggan Beragama Hindu

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaun @teivakulantey4, seorang pelanggan kecewa setelah sebuah restoran makanan segera memberikan burger daging secara percuma kepadanya.

Pemberian tersebut dianggap tidak sensitif memandangkan pelanggan itu berbangsa India.

“Burger daging, macam mana awak boleh bagi saya? Saya orang India,” kata pelanggan itu kepada pekerja berkenaan.

Pekerja restoran tersebut dengan sopan memohon maaf kepadanya atas insiden yang berlaku dan menjelaskan bahawa pemberian menu berkenaan adalah mengikut prosedur syarikat.

@teivakulantey4

Kasi Share Dan Repost Sampai Dapat Keadilan Untuk Semua Kaum India @JEEVA @mathanedward @viral_vairamuthu @jdt04suren @jdtsuren0418 @bobgally4 @parlimentambunofficial @Akka Nasi Lemak Seri Kembangan @ɑׁׅ℘℘ᥣׁׅ֪ꫀׁׅܻ ⚡️♠️ @CR-VEERA @yametehgirl @Deena Dinish Vivekananda @vanakammalaysia

♬ original sound – 🧞‍♂️Teivakulantey🔱 – 🧞‍♂️Teivakulantey🔱

Pelanggan Dah Makan Burger Percuma

Namun, penjelasan dan permohonan maaf pekerja itu tidak diterima oleh pelanggan berkenaan kerana dia mendakwa telah memakan burger percuma itu.

“Jadi macam mana cara kamu nak selesaikan perkara ini? Sebab kalau tak makan lain cerita, ini dah makan.

“Jadi macam mana cara dia? Takkan mereka tak tahu saya pesan enam burger ayam, macam mana dia boleh tersilap bagi burger daging?

“Kalau saya beli burger daging, dia boleh la bagi burger daging,” kata pelanggan berkenaan.

Pelanggan itu turut mempertikaikan tindakan pekerja yang tidak mengetahui dia berbangsa India dan tidak memaklumkan mengenai pemberian burger percuma tersebut.

Namun, pekerja wanita yang dipercayai pengurus restoran tersebut terus memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

Menerusi ruangan komen, pelanggan itu mendakwa dia membuat pembelian secara pandu lalu di restoran yang terletak di Tambun, Ipoh.

Video Cetus Perdebatan

Video yang mendapat tontonan lebih 295 ribu itu telah menarik perhatian ramai netizen. Kebanyakan netizen berpendapat ia adalah kesalahan pelanggan sendiri yang tidak peka dengan perkataan ‘beef’ yang tertera di plastik bungkusan.

Namun, ada juga yang berpihak kepada pelanggan dan menganggap ia adalah kesalahan pekerja kerana tidak memaklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu.

Ada juga segelintir netizen yang meminta agar pelanggan berkenaan memaafkan pekerja atas kesilapan yang dilakukan.

Pembelian RM35 Ke Atas Percuma Burger Keju

Hasil semakan mendapati restoran tersebut sedang mengadakan promosi untuk pembelian secara pandu lalu yang berharga lebih RM35 ke atas.

Setiap pelanggan yang membuat pembelian tersebut akan mendapat burger keju yang mengandungi daging lembu pada setiap hari Rabu.

Promosi ini hanya melibatkan beberapa cawangan restoran tersebut, termasuk restoran yang dikunjungi oleh pelanggan berkenaan.

BACA:
Salah satu kes luar biasa, kanak-kanak 9 tahun sanggup melacur dekat rakan klas gara-gara tak mampu ganti pemadam
Caprice beri respon lepas dikecam netizen tentang isu melutut minta maaf
Rakyat Jepun rasa tidak selamat dekat negara sendiri, dedah punca sebenar buat ramai terkejut