Pekerja pembersihan terkejut ketika sedang melakukan tugas, jumpa bag berisi wang dalam rumah pusaka

Sebuah kisah menarik telah mencuri perhatian baru-baru ini. Selepas lima tahun terbiar, seorang anak kepada pemilik rumah yang telah meninggal dunia melantik pekerja pembersihan untuk membersihkan rumah pusaka tersebut.

Siapa sangka, ketika mengemas rumah, mereka menemui wang bertimbun di pelbagai sudut rumah! Wang lama dan baru bercampur aduk, jumlahnya begitu banyak hingga mencengangkan.

Menurut pekerja pembersihan, mereka menjalankan tugas dengan penuh amanah. Mereka mengumpul semua wang yang dijumpai, tanpa menghiraukan jumlahnya yang masih belum diketahui. Ada juga wang kertas lama yang telah usang di antara wang-wang tersebut.

Pekerja pembersihan terkejut ketika sedang melakukan tugas, jumpa bag berisi duit dalam rumah pusaka

Pekerja pembersihan menjelaskan bahawa mereka menganggap wang tersebut sebagai amanah yang diamanahkan oleh anak pemilik rumah. Mereka perlu menyemak dan mengumpul semua wang terlebih dahulu sebelum membuang barang-barang yang tidak lagi diperlukan di dalam rumah.

Di ruangan komen media sosial, rata-rata netizen menyatakan rasa terharu dengan penemuan ini. Ada yang berpendapat bahawa mungkin si arwah lebih menghargai masa bersama anaknya berbanding harta dunia. Wang tersebut hanyalah peninggalan yang perlu diuruskan dengan baik oleh pewaris.

Kisah ini juga menjadi peringatan kepada kita agar sentiasa menjaga hubungan baik dengan ahli keluarga dan memanfaatkan masa bersama mereka sebaik mungkin. Harta benda boleh dicari, tetapi kenangan bersama insan tersayang tidak ternilai harganya.

@f.i.8_empire

Kisah mengemasa rumah dan duit. rumah ni rumah arwah ibu owner tinggal dan baru kini ada kekuatan untuk dikemas. owner dah inform rumah ni ada duit yg banyak jadi kami kena selongkar satu persatu barang-barang sebelum buang #fi8kongsi #masukberanda #fi8empire #separuhdariimanitubersihyangpenuhkanimanituibadah #fyp #capcut #pastiusahayakinrezeki

♬ Very Sad – Enchan
BACA:
“Saya tak sangka, suami yang saya dambakan dan yang cukup sempurna untuk saya sebenarnya syaitan bertopengkan manusia”
Berbeza dengan tahun 1991, ‘Pintu Ke Neraka’ yang berada di Siberia semakin dalam dan luas
Suami berlapang dada, jumpa mayat isteri dalam perut ular sawa lepas 2 hari tidak pulang ke rumah