Pekerja premis makanan buat perangai, celup pinggan dalam bekas tong sampah

Sebuah premis makanan di Taman Botanik, Klang, dikatakan tidak menjaga kebersihan peralatan premis, berdasarkan aduan yang diterima.

Sebuah rakaman video yang menjadi viral menunjukkan seorang pekerja premis tersebut membasuh pinggan dengan cara hanya mencelupkannya ke dalam tong sampah.

Rentastic Register Page

Dalam video tersebut, pekerja tersebut terlihat mencelupkan pinggan ke dalam tong sampah pertama sebelum kemudian memasukkannya ke dalam tong sampah kedua.

Pengadu telah cuba menegur pekerja tersebut, namun pekerja tersebut menyatakan bahawa tong sampah tersebut hanya digunakan untuk merendam peralatan dapur.

“Pekerja itu berkata bahawa tong sampah itu hanya digunakan untuk merendam saja. Mungkin lebih baik mereka membeli besen besar atau seumpama dengannya,” katanya.

Dalam gambar yang tersebar, kelihatan sisa minyak dan makanan masih terdapat di dalam tong sampah tersebut.

Selepas kejadian ini, netizen menggesa pengadu untuk segera membuat laporan kepada pihak berwajib agar peristiwa serupa tidak berulang lagi.

BACA:
Wanita berusia 20 tahun ambil masa satu minit rompak kedai emas, semata-mata niat nak balas dendam
Pekerjaan makan tuan, bekas jururias kongsi pengalaman cabut bulu mata jenazah ibu saudara sendiri
Satu-satunya gajah sarkas yang dihukum oleh pemilik sendiri, hanya kerana kesalahan yang dibuat oleh manusia