Pelajar kantoi hisap vape dirotan pembantu guru disiplin, alami bengkak dan pendarahan dekat mata kanan

Pelajar kantoi hisap vape dirotan pembantu guru disiplin, alami bengkak dan pendarahan dekat mata kanan.

Bapa kepada seorang pelajar lelaki meluahkan rasa kecewa apabila anaknya mengalami pendarahan pada mata kanan didakwa akibat dirotan guru.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Mazni Mohamad akan membuat laporan polis dan berjumpa dengan pihak sekolah untuk maklumat lanjut.

Menurut Mazni, anaknya yang merupakan pelajar tingkatan lima ditangkap ketika menghisap rokok elektronik dalam kelas ketika guru sedang mengajar subjek Sains.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari di sebuah sekolah menengah di Sungai Ara Bayan Baru Pulau Pinang.

Saya tahu anak saya buas (nakal) tapi bukan begini cara untuk memberi pengajaran dan nasib baik dia tak buta.

Pelajar kantoi hisap vape dirotan pembantu guru disiplin, alami bengkak dan pendarahan dekat mata kanan

Anaknya kemudian dibawa kepada seorang ustaz yang dikatakan pembantu guru disiplin. Selepas soal siasat, guru disiplin mendakwa anaknya menipu dan bertindak merotannya.

Rotan tersebut terkena pada bahagian mata kanan sekali gus menyebabkan dia mengalami pendarahan.

Dakwanya, selepas dirotan anaknya mengadu sakit dan mendapati tangannya ada kesan darah. Pelajar itu kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Anaknya dikatakan perlu dirujuk ke Hospital Pulau Pinang kerana tiada pakar mata di Hospital Balik Pulau.

Pelajar kantoi hisap vape dirotan pembantu guru disiplin, alami bengkak dan pendarahan dekat mata kanan
BACA:
Premis dibanjiri air sabun dan serpihan kaca, pasangan selamba basuh ‘playpen’ dalam mesin basuh dobi
“Kepada lelaki yang bergelar suami, ambil iktibar dari pengalaman aku ini, inilah coretan aku sebagai isteri selama 10 tahun”
Tak padan dengan umur dan sangat bahaya, bapa dikecam gara-gara bawa anak 2 tahun panjat gunung