Pelakon tumbuk teman wanita dalam kereta, mata dan badan jadi sasaran

Pada awal pagi semalam, seorang wanita yang merupakan teman wanita kepada seorang pelakon terkenal telah menjadi mangsa keganasan di Ara Damansara.

Menurut laporan, kejadian berlaku pada jam 4 pagi apabila mangsa yang berusia 25 tahun keluar bertemu dengan suspek setelah menerima panggilan darinya.

Mangsa kemudian masuk ke dalam kenderaan suspek dan mereka bertengkar.

Pelakon tumbuk teman wanita dalam kereta, mata dan badan jadi sasaran

Suspek, yang berusia 37 tahun, didakwa telah memarahi mangsa dan kemudian menumbuk mata sebelah kiri dan badannya.

Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park dan kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail telah mengesahkan kejadian tersebut dan menyatakan bahawa siasatan masih dijalankan.

BACA:
Lelaki sempat senyum lepas tunjuk bahan bukti, ‘tamat’ riwayat dan makan kawan sendiri depan orang kampung
Pasar di China di serbu remaja, datang semata-mata nak tepuk punggung kambing biri-biri
Kemunculan ‘Lubang Benam’ dekat ladang jagung di Turkey buat penduduk tak senang duduk