Viral sebuah klip video menunjukkan seorang wanita yang disyaki pelancong dari China buang air besar di tengah-tengah jalan di kawasan homestay di Kea Farm, Cameron Highland.
Lebih menjijikkan, wanita tersebut meninggalkan najis di jalan tanpa sebarang tindakan membersihkan sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.
Video berdurasi satu minit itu dikongsikan melalui laman Facebook Info Cameron Highlands Group dan telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen.
Ramai yang mengutuk perbuatan tidak sivik dan kotor wanita tersebut.
Menurut perkongsian pengguna X.com, terdapat sebilangan kecil pelancong dari China yang tidak selesa dengan jenis tandas yang digunakan di Malaysia.

Mereka tidak biasa dengan tandas menggunakan air, dan keadaan tandas yang basah menjadikan mereka kurang selesa.
Pada masa yang sama, orang ramai terkejut dan tertanya-tanya mengapa wanita tersebut tidak pergi ke kawasan yang lebih tertutup jika dia benar-benar tidak dapat menahan diri untuk buang air besar.
“Sebagai manusia normal, pelaku sepatutnya berasa malu, terutamanya sebagai seorang wanita,” komen seorang netizen.
Terdapat juga kehairanan mengenai bagaimana rakan wanita tersebut sanggup menutup mata dan membiarkan wanita itu melaksanakan perbuatan yang tidak senonoh itu.
Pernah borak tnya pelancong dari China kenapa diorang ada jenis berak merata mcm tu diorang cakap sbb tandas kita guna air dan lantai basah merata buat diorang tak selesa nak guna tandas 🤣 tak faham la padahal cina malaysia kita okay je tak ada perangai pelik mcm diorang 🤣
— TTC 🏴🇲🇾 (@tonnychua9988) January 2, 2024