Pelanggan berang restoran makanan segera terkenal caj satu pek sos cili dengan harga RM1

Pelanggan berang restoran makanan segera terkenal caj satu pek sos cili dengan harga RM1.

Restoran makanan segera terkenal dikecam orang ramai selepas meletakkan caj RM1 untuk sepaket sos cili yang dahulunya diberi secara percuma.

Menurut hantaran tular di laman Facebook, seorang pelanggan berkongsi gambar resit pembayaran 10 pek sos cili yang berharga RM10.60 beserta cukai.

“Hidup makin keras. Hendak minta sos lebih pun kena caj. Sudah beli 10 paket sos cili dengan harga RM10.60.

“Tahniah kerana mengambil langkah proaktif selaras kenaikan harga beras dunia,” tulisnya dalam hantaran sama.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj tambahan tersebut, lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang dibelenggu masalah kenaikan harga barang mentah.

Pelanggan berang restoran makanan segera terkenal caj satu pek  sos cili dengan harga RM1

“Dulu boleh simpan lebihan sos dalam peti ais, sekarang kena caj pula,” kata Amm.

“Selalunya tak payah bayar pun. Boleh minta sahaja pada juruwang kalau nak sos lebih. Kenapa sekarang kena bayar?,” tanya Hafiza.

“Kalau bagi percuma, orang kita suka membazir. Kalau hendak elak pembaziran, terpaksalah caj,” kata seorang lagi pengguna.

“Selepas ini terpaksalah bawa sos sendiri dari rumah,” kata Aifa.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 7,200 tanda suka dan 3,100 komen.

BACA:
Banyak kedai yang menggunakan perkataan ‘no pork no lard’, ini yang perkara anda perlu tahu
Anak terkejut tengok ‘history’ telefon bimbit ibu, rupanya ada udang disebalik batu
Tumbuh bak cendawan, Perdana Menteri baharu Thailand bakal sekat ganja yang digunakan secara rekreasi