Pelanggan kecewa kedai roti terkemuka sambil lewa tentang kebersihan, banyak kali nampak binatang kotor hinggap makanan

Kejadian yang tidak menyenangkan berlaku di sebuah cawangan kedai roti dan kek terkemuka apabila seekor serangga dilihat merayap di dalam bekas pameran makanan berisi roti sosej. Peristiwa ini telah mendapat perhatian di laman media sosial setelah seorang pengguna TikTok dengan nama @Teahcookiessp merakamnya dan berkongsi di platform tersebut.

Malah, beberapa pelanggan lain turut berkongsi pengalaman mereka menjumpai serangga di kedai roti yang sama. Seorang pengguna berkata, “Selalu ada serangga di kedai ini. Pernah nampak lalat berterbangan di dalam bekas pameran.” Pengguna lain bernama Rozie pula berkata, “Saya juga pernah jumpa lipas di kedai ini. Banyak kali saya nampak pelbagai jenis serangga di dalam dulang roti. Saya takkan beli roti di sini lagi.”

Walaubagaimanapun, terdapat juga pengguna yang berpendapat bahawa pelanggan yang menjumpai serangga itu sepatutnya memaklumkan kepada pekerja terlebih dahulu sebelum menyebarkan video tersebut di media sosial. Seorang pengguna bernama Ema berkata, “Kedai mana ni? Sebaiknya rakam je. Kesian pekerja yang buat roti banyak-banyak, terpaksa dibuang. Kalau tegur, sekurang-kurangnya mereka ada inisiatif untuk buat roti baru.”

Pelanggan kecewa kedai roti terkemuka sambil lewa tentang kebersihan, banyak kali nampak binatang kotor hinggap makanan

Kejadian ini telah menimbulkan rasa kecewa di kalangan pelanggan, terutamanya mereka yang sedang hamil dan hanya boleh makan roti. Seorang pengguna bernama Natashardzn berkata, “Geram betul lah. Dah la mengandung, boleh makan roti je. Nasi tak boleh telan, hanya boleh makan roti jenis ini je.”

Meskipun demikian, ada juga pengguna yang mengatakan bahawa isu kebersihan ini mungkin tidak berlaku di semua cawangan kedai roti tersebut. Seorang pengguna berkata, “Setakat ini saya tak pernah jumpa serangga di kedai ini. Nampak bersih tempat rotinya, pencahayaan pun cantik, dan roti nampak sedap.”

Kejadian ini sekali lagi menekankan pentingnya menjaga kebersihan di premis makanan. Kedai roti dan kek terkemuka ini harus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan kebersihan premis mereka dan mengelakkan kejadian serupa daripada berulang kembali.

BACA:
Kisah misteri penyakit Ustaz Kazim bakal diadaptasi dalam filem, ini syarat yang perlu di buat ketika pergambaran
“Saya tak sangka, suami yang saya dambakan dan yang cukup sempurna untuk saya sebenarnya syaitan bertopengkan manusia”
Berbeza dengan tahun 1991, ‘Pintu Ke Neraka’ yang berada di Siberia semakin dalam dan luas