JebatDerhaka

Pelanggan yang perihatin, pemilik kafe hampir ditipu gara-gara kod qr premis

Pelanggan yang perihatin, pemilik kafe hampir ditipu gara-gara kod qr premis.

Pemilik sebuah kafe di Orakland Commerce Square, Seremban baru-baru ini mengelak daripada menjadi mangsa penipuan menggunakan kod QR di premisnya.

Menurut perkongsian, kafe tersebut telah menarik perhatian ramai sejak dibuka beberapa bulan lalu, dan usaha penipuan itu dapat dikesan oleh seorang pelanggan kafe yang mencurigai kod QR ketika hendak membuat pembayaran.

Seperti yang diketahui umum, apabila pembayaran dilakukan melalui kod QR, maklumat nama kedai atau pemilik akan terpapar di aplikasi bank. Namun, dalam kes ini, apabila pelanggan hendak membuat pembayaran, maklumat tersebut tidak berkaitan dengan kafe yang dimaksudkan.

Selepas pemerhatian, pemilik kafe mendapati bahawa kod QR yang dipaparkan di kaunter pembayaran telah ditukar untuk membuat pembayaran ke akaun individu yang tidak dikenali.

Pelanggan yang perihatin, pemilik kafe hampir ditipu gara-gara kod qr premis

Pemilik kafe menyatakan bahawa kemungkinan besar penjenayah itu memiliki banyak pelekat kod QR dan mungkin telah menampalnya untuk menggantikan kod QR kafe yang dikunjunginya. Beberapa pelanggan juga meminta pemilik kafe melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Keadaan menjadi lebih buruk kerana sistem CCTV di kafe tersebut tidak berfungsi, menyebabkan identiti penjenayah tidak dapat dikenal pasti.

Dalam pada itu, pemilik kafe memberi nasihat kepada mereka yang menggunakan kaedah pembayaran melalui kod QR untuk lebih berhati-hati dengan kod QR yang dipaparkan.

BACA:
Berjaya kumpul RM5,281 dalam guni, lelaki beli motosikal yang dihajati secara tunai
Keadaan terkini bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5
AJK Masjid alami demam-demam dan seram sejuk lepas maghrib, pengamal perubatan ‘rawat’ van jenazah