Pelik dengan kelakuan ‘suami’ lepas 10 bulan kahwin, isteri dan keluarga terkejut dapat tahu hal sebenar.
Keazaman keluarga seorang wanita dari Kota Jambi untuk menyiasat suaminya, Ahnaf Arrafif, terbukti betul apabila individu tersebut akhirnya mengaku sebagai seorang perempuan. Wanita yang dikenali sebagai NA dalam dokumen mahkamah, tidak pernah menyangka bahawa selepas 10 bulan perkahwinan, pasangannya sebenarnya adalah seorang wanita.
Wanita ini, yang memberi keterangan di mahkamah berkenaan kes pemalsuan kelayakan sebagai doktor yang dihadapi oleh ‘suaminya’, menyatakan bahawa dia tidak pernah meragui identiti sebenar pasangannya itu. Pada awalnya, ‘suaminya’ mengaku sebagai seorang doktor yang memiliki kelayakan akademik tinggi dari luar negara.
“Pada mulanya, dia mengaku bekerja sebagai doktor dengan memiliki banyak kelayakan akademik dari luar negara,” katanya dalam keterangannya di mahkamah.
Wanita ini mengenal ‘suaminya’ melalui aplikasi temu janji Tantan, dan pada mulanya, penampilan ‘suaminya’ seperti seorang lelaki dan tinggal di wilayah Lahat, Sumatera Selatan. Perkenalan mereka yang singkat melalui aplikasi tersebut hanya berlangsung selama dua minggu, dan kemudian ‘suaminya’ tinggal selama seminggu di rumah wanita tersebut di Jambi.
Walaupun mereka dinikahkan dengan persetujuan keluarga, termasuk keluarga angkat ‘suaminya’, pasangan tersebut tidak pernah menjelaskan asal-usul sebenar ‘suaminya’. Wanita ini mengakui bahawa dia tidak pernah bertemu keluarga kandung ‘suaminya’ dan hanya dibawa ke Lahat pada Disember 2021 untuk bertemu ibu bapa angkatnya.
Keadaan menjadi mencurigakan apabila setelah empat bulan perkahwinan, ibu wanita ini mula curiga kerana menantunya tidak pernah membuka baju di depan orang. Wanita tersebut juga mengakui bahawa selama perkahwinan, dia tidak pernah melihat alat kelamin ‘suaminya’. Rahsianya terbongkar apabila ibu wanita tersebut memaksa ‘suaminya’ membuktikan jantinanya, dan setelah itu, laporan dibuat kepada pihak berkuasa dan kes ini dirujuk kepada jabatan Pengadilan Negeri Jambi.
OKE KITA MULAI SPEAK UP, SETELAH SAYA DIAM SELAMA 2BLN LEBIH MENUNGGU SIDANG PERTAMA ATAS KASUS PENIPUAN,PELECEHAN SEXSUAL,HAMPIR DI BUNUH DITENGGELAMKAN,PELECEHAN AGAMA,PEMALSUAN IDENTITAS,PEMALSUAN GELAR AKADEMIK,PENCEMARAN NAMA BAIK,DIRUGIKAN SECARA MENTAL PSIKIS,MATERIAL.
— Fashion Street Style (@FashionkuStyle) June 15, 2022