JebatDerhaka

Pemandu ambulans alami detik seram, ‘terserempak’ dengan pontianak lepas hantar jenazah

Pemandu ambulans alami detik seram, ‘terserempak’ dengan pontianak lepas hantar jenazah.

Sebuah video yang viral di media sosial Indonesia memperlihatkan detik menyeramkan seorang pemandu ambulans yang mengaku merakam video yang didakwa menunjukkan puntianak, dilaporkan oleh laman berita iNews semalam.

Pemandu yang bernama Geni Nur Alfiansyah sedang berjalan menuju ambulans selepas menyelesaikan tugas menghantar jenazah ke sebuah tanah perkuburan di Depok, wilayah Jawa Barat.

Geni, yang berjalan sendirian ketika waktu maghrib, terkejut melihat sosok wanita berambut panjang tak jauh dari ambulans.

Sosok itu duduk di sebuah kawasan yang dikelilingi oleh pohon-pohon rimbun, dengan rambut panjang mengurai menutupi seluruh wajahnya.

“Ketika menunggu keranda dikembalikan di kawasan perkuburan, ada puntianak sedang duduk santai,” begitulah keterangan dalam video tersebut.

Pemandu ambulans alami detik seram, 'terserempak' dengan pontianak lepas hantar jenazah

Geni kemudiannya memberanikan diri untuk merakam sosok puntianak itu sebelum berlari menuju ambulans.

Video ini menjadi viral dan menerima pelbagai komen dari netizen.

“Baru kali ini saya benar-benar percaya dengan video penampakan hantu,” kata seorang netizen.

@ambulansvip_mms03 Gak sengaja lagi nungguin keranda di pemakaman, ada yuyun lagi duduk santai🧟‍♀️ #ambulance #horor #fyp #ceritahoror #penampakanhantu #ujinyali #kerandamayat #cctvambulanceindonesia ♬ suara asli – Geni Nur Afrialsyah
BACA:
“Tak sangka pula tak boleh” – Peniaga kantoi defrost daging atas lantai, ditegur Inspektor kesihatan
Pengantin terkejut masa kira salam kaut, jumpa duit fotokopi dalam sampul RM15
Pekerja kedai roti daging halal dipecat kerana pakai rantai salib, ramai netizen persoal majikan