Pemandu ambulans buat perangai, selamba berhenti beli pisang goreng semasa hantar pesakit ke hospital

Pemandu ambulans buat perangai, selamba berhenti beli pisang goreng semasa hantar pesakit ke hospital.

Seorang pemandu ambulans di Nakhon Nayok, Thailand tular lepas dia didakwa membuat hentian sementara di salah sebuah gerai tepi jalan untuk membeli pisang goreng semasa sedang membawa pesakit ke hospital, lapor Thai PBS World.

Disebabkan kejadian tersebut, pihak hospital terpaksa membuat permohonan maaf kepada keluarga pesakit yang dilaporkan mengalami sesak nafas dan dalam perjalanan ke hospital pada 13 Oktober lalu.

Difahamkan pemandu tersebut telah membuat tempahan awal pisang goreng melalui sistem dalam talian dan memberitahu penjual supaya bersedia kerana dia akan melalui jalan tersebut.

Anak perempuan pesakit yang menemani bapanya yang uzur dalam ambulans menjadi saksi tentang kejadian tersebut dan ia merasakan bahawa kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

Pemandu ambulans buat perangai, selamba berhenti beli pisang goreng semasa hantar pesakit ke hospital

Dia kemudiannya telah membuat satu kenyataan di media sosial selepas pihak hospital tidak mengendahkan aduannya.

Bagaimanapun, walaupun pihak hospital telah pun membuat permohonan maaf.

Namun kenyataan tersebut seolah-olah mempertahankan tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa ambulans hanya berhenti selama tiga saat sahaja.

BACA:
Wanita kongsi pengalaman seram, diganggu dan terasa seperti diperhatikan ketika solat di R&R
Bruno Mars terbang keluar meninggalkan Israel, sambung buat konsert dekat negara lain
Aiskrim paling mahal di dunia, berharga RM31,729 dan tidak memiliki tarikh luput