Pemandu bas berang, penumpang selamba buang ‘hajat’ dekat tempat duduk, buat muka tak bersalah ketika dimarah.
Baru-baru ini, selepas reda isu mengenai pemandu bas wanita yang difitnah oleh penumpang melakukan perilaku tidak senonoh semasa memandu, kini muncul kes lain yang sekali lagi menimbulkan kemarahan orang ramai.
Sebuah rakaman video menunjukkan seorang penumpang bas, yang didakwa merupakan warga asing, melakukan tindakan yang di luar jangkaan dengan membuang air besar di tempat duduk dalam sebuah bas ekspres.
Perkongsian video tersebut menunjukkan pemandu bas mengetahui kejadian tersebut semasa melakukan pemeriksaan.
Dalam video tersebut, suara pemandu terdengar marah kepada warga asing tersebut sambil bertanya di mana najisnya disorok.
“Aku bawa mu jauh-jauh, mu berak dalam bas. Mana tahi mu buang? Habis seluar mu kena. Basuh kerusi itu,” ujarnya kepada penumpang terbabit.
Walaupun demikian, warga asing tersebut hanya mendiamkan diri tanpa memberikan jawapan terhadap soalan yang diajukan kepadanya.
Perkongsian video ini telah menarik pelbagai reaksi dari netizen, yang kebanyakannya mengutuk tindakan penumpang tersebut yang dianggap tidak beradab dan menjijikkan kerana melakukan perbuatan tersebut dalam pengangkutan awam.
Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa mungkin warga asing tersebut terpaksa melakukan tindakan tersebut kerana pemandu bas sukar memberi kerjasama ketika berlaku kecemasan.
Naya la sapa naik bus ni, ada orang berak dalam bus , pastu buat muka x bersalah pulak . pic.twitter.com/gOTLVIuflB
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) November 23, 2023
Menerusi perkongsian di TikTok, warga asing yang dimarahi pemandu bas terlihat sedang membersihkan kerusi yang terlibat.
Sehingga artikel ini ditulis, tarikh kejadian dan destinasi perjalanan bas tersebut tidak dapat dipastikan.