Pembantu rumah usahawan buat perangai, bawa lelaki masuk rumah dan hampir larikan anak bongsu

Pembantu rumah usahawan buat perangai, bawa lelaki masuk rumah dan hampir larikan anak bongsu.

Personaliti media sosial dan usahawan, Irine Nadia baru-baru ini mendedahkan tentang sikap bekas pembantu rumahnya yang disifatkan sebagai seorang yang tidak mengenang budi.

Beri layanan yang baik

Menerusi hantaran di TikTok, Irine berkata dia sama sekali tidak menyangka pembantu rumahnya akan bertindak sedemikian kerana dia sudah menganggap wanita itu sebahagian daripada keluarganya.

Irine juga sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap pembantu rumahnya sebagai tanda menghargai jasa wanita tersebut.

Awalnya semua okay sahaja. Orang kita ni mudah sayang dengan pembantu rumah sebab dia yang jaga dan bantu keluarga kita, betul tak?

Pembantu rumah usahawan buat perangai, bawa lelaki masuk rumah dan hampir larikan anak bongsu

Kiranya dialah yang membantu tengokkan si kecil dan dalam masa yang sama ibu ayah sibuk dengan kerja hakiki.

Bercuti mana-mana bawa sekali. Bagi bilik besar, makan sedap semua. Majikan Malaysia memang terbaik tapi mereka sikit pun tak hargai. Walapun kita anggap mereka macam keluarga.

Namun tingkah laku buruk wanita berkenaan terbongkar selepas dia berani membawa masuk seorang lelaki yang tidak dikenali ke dalam rumah.

Sampailah satu masa perangai dah mula berubah. Pembantu rumah saya bawa ‘jantan’ masuk ikut pintu belakang dapur.

Luluhnya hati, dah la tengah demam. Tapi dia tak mengaku, mujur ada CCTV. Itu pun masih menafikan.

Larikan diri

Lebih menakutkan lagi, pembantu rumah berkenaan didakwa cuba untuk melarikan anak bongsu usahawan tersebut ketika mereka sekeluarga sedang beriadah.

Masa ini dah nampak perangai tak mesra, buat kerja terpaksa. Kita bagi peluang kedua, tapi rupa-rupanya dia mencari jalan untuk lari.

Peristiwa yang anak-anak ingat sampai bila-bila. Kami bawa dia ‘healing’, jalan-jalan dekat i-City Shah Alam. Masa ini tak syak apa-apa pun tapi dari pagi hati dah tak sedap, macam ada sesuatu nak jadi.

Pembantu rumah ketika itu tengah gendong anak dan tiba-tiba dia cakap nak pergi tandas masa kami tengah main di taman permainan.

Dia cakap tak apa biar dia bawa baby sekali. Mula-mula macam okay tapi Allah gerakkan hati cakap ‘tak payah baby saya pegang, kamu pergi tandas’.

Setelah menyedari pembantu rumahnya hilang, Irine dan keluarganya sedaya upaya mencari wanita tersebut namun gagal.

Rupanya kami ‘digula-gulakan’. Allah sehaja yang tahu perasaan masa itu. Dia pergi ke tandas dan tak kembali. Cari sampai pukul 12 tengah malam rupanya dia dah lari berpakat dengan ejen.

Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana anak lelakinya itu masih selamat dan tidak berjaya dilarikan oleh pembantu rumahnya.

Semua anak-anak terkejut dengan insiden malam itu. Mujur Allah lindungi anak bongsu kami. Kalau tak mesti pembantu rumah kami dah bawa lari.

Maafkan ibu sebab terlalu percaya orang luar.

Setiap kali lalu i-City mesti semua anak-anak akan cakap ‘ bibik lari dekat sini’.

BACA:
“Aku ambil keputusan jauhkan diri aku daripada hubungan toksik, hanya kerana aku tak ada anak selama 12 tahun”
Berang diperli dan diasak tentang duit bertubi-tubi, pemberi menderita lepas disihir penghutang
“Fikir dulu sebelum bercakap” – Uztas Syamsul debat ‘sound’ Abang Tesla isu poligami yang tular