Pemilik flat selera kondo, selamba pasang gril besi di koridor sampai halang laluan penduduk dan pekerja

Setiap rumah yang ditawarkan, terutamanya jenis pangsapuri atau flat, mempunyai peraturan yang mesti dipatuhi oleh penghuninya.

Tindakan mengubah suai kawasan kediaman sehingga menyebabkan kesulitan kepada orang awam adalah perbuatan yang melanggar undang-undang. Ini termasuk pemasangan gril besi di sekitar kediaman yang dianggap sebagai laluan awam di pangsapuri atau flat.

Melalui kiriman yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Shanor Hijas, terdapat beberapa gambar yang memperlihatkan pintu gril besi yang dipasang sehingga menghalang koridor di sebuah rumah flat di Wangsa Maju. Kejadian ini dilaporkan berlaku baru-baru ini.

Pemilik flat selera kondo, selamba pasang gril besi di koridor sampai halang laluan penduduk dan rider

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa tindakan ini telah menimbulkan kemarahan para pekerja penghantaran (p-hailing) selepas terdapat luahan bertulis yang ‘pedas’ di dinding salah satu blok di rumah tersebut.

“Rider nampaknya sangat marah. Bayangkan jika dia naik di blok sebelah kanan, tetapi barang yang hendak dihantar terletak di blok sebelah kiri.

“Untuk sampai ke blok kiri, dia perlu naik ke tingkat lima dahulu. Ini tentu menyusahkan orang tersebut,” tulisnya.

Pemilik flat selera kondo, selamba pasang gril besi di koridor sampai halang laluan penduduk dan pekerja

Shanor Hijas menambahkan bahawa tindakan ini tidak hanya menyusahkan orang lain tetapi juga boleh membahayakan keselamatan, terutamanya jika berlaku kebakaran.

“Pemasangan gril ini bukan sahaja berkaitan dengan penghantaran barang, tetapi juga melibatkan isu keselamatan dalam keadaan kecemasan seperti kebakaran,” katanya.

Pada masa yang sama, pengguna Facebook Raj Kumar Karuppiah juga menyuarakan keprihatinannya dan mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan tegas terhadap penghuni yang memasang pagar dan menutupnya sehingga mengganggu laluan orang lain.

Pemilik flat selera kondo, selamba pasang gril besi di koridor sampai halang laluan penduduk dan pekerja

“Saya ingin menyampaikan ini kepada pihak DBKL berkenaan apa yang berlaku di flat di Wangsa Maju. Bagaimana penduduk boleh menutup koridor jalan dengan gril? Ini tidak adil dan menyusahkan orang lain,” tulisnya dengan prihatin terhadap kepentingan penduduk dan orang awam di kawasan tersebut.

Walaubagaimanapun, ada juga cadangan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan melibatkan campur tangan pihak bomba kerana dinilai lebih efektif dalam menangani isu-isu keselamatan sebegini.

BACA:
Pesawat terpaksa buat pendaratan kecemasan, panel tingkap bahagian penumpang tercabut
Pesakit meninggal dunia gara-gara pemandu kembara penting diri dan halang laluan
Penamat dunia semakin dekat, lebih 600% di wilayah Mekah menghijau sejak 5 bulan lalu