Pemilik terkejut tengok keadaan rumah, bilik penuh sampah sarap sampai jadi sarang binatang dan serangga bahaya

Pemilik terkejut tengok keadaan rumah, bilik penuh sampah sarap sampai jadi sarang binatang dan serangga bahaya.

Seorang pemilik rumah di Thailand terkejut apabila menemui sebuah bilik yang disewakan kepada seorang wanita penuh dengan sampah dan menjadi tempat pembiakan serangga, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Thaiger semalam.

Namwan Panadda mengatakan bahawa bilik yang disewakan kepada wanita berusia 42 tahun itu telah menjadi sarang pembiakan ular, cacing, dan tikus. Walaupun wanita tersebut bekerja sebagai seorang penjawat awam, bilik tersebut telah diabaikan selama dua tahun. Yang mengejutkan, kos sewa sebanyak 1,500 baht (RM201) masih dibayar setiap bulan.

Pemilik terkejut tengok keadaan rumah, bilik penuh sampah sarap sampai jadi sarang binatang dan serangga bahaya

Sampah di dalam bilik itu ditemui bertimbun hingga ke siling dan dipenuhi dengan serangga. Namwan dan suaminya kemudian menghabiskan lebih daripada 3,000 baht (RM402) untuk membersihkan bilik tersebut dan memuatkan sampah ke dalam 250 beg sebelum membuangnya.

Bagaimanapun, Namwan dihubungi oleh penyewa tersebut dan dituduh menceroboh ke dalam bilik yang dipenuhi dengan barang berharga. Disebabkan keadaan bilik yang merugikan penyewa lain, dia membuat laporan di Balai Polis Hua Mak.

BACA:
Dr Zulkifli kongsi hukum buka aib dan sebarkan sesuatu kemungkaran dekat media sosial
Bapa terkilan pernikahan 3 anak perempuan tak sah, dapat tahu lepas 8 tahun
Pelanggan yang perihatin, pemilik kafe hampir ditipu gara-gara kod qr premis