Pemimpin masyarakat buat solat istikharah sebelum ‘sailang’ isteri orang, siap bawa anak-anak tinggalkan suami

Pemimpin masyarakat buat solat istikharah sebelum ‘sailang’ isteri orang, siap bawa anak-anak tinggalkan suami.

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila rumah tangganya musnah akibat orang ketiga.

Kata lelaki terbabit, perkahwinan yang dibina berakhir pada tahun 2016 setelah si isteri mengenali lelaki lain.

Menurutnya, lelaki terbabit merupakan seorang pemimpin yang dianggap oleh masyarakat sebagai seorang leader.

Pemimpin masyarakat buat solat istikharah sebelum 'sailang' isteri orang, siap bawa anak-anak tinggalkan suami

“Seorang lelaki yang sanggup meruntuhkan rumah tangga saya. Pada masyarakat dia adalah sebagai leadership,” katanya menerusi video yang dimuai nai di TikTok Sinar_my.

Lelaki terbabit berkata orang ketiga tersebut sudah pun mempunyai isteri sendiri tetapi tetap mahu memiliki isteri lelaki terbabit serta anak-anaknya.

Bahkan, si pelaku dengan tanpa rasa malu berkata dia sudah solat tahajud serta istikharah, lalu muka isteri si mangsa muncul.

BACA:
Lelaki hidap kencing manis menyesal tak sudah, mati pucuk usia muda gara-gara minuman bergas
Anak berkelulusan tinggi putih mata, sanggup halau ibu bapa kandung hanya kerana sebuah rumah dan sebidang tanah
Penyokong nekad mahu ‘refund’ tiket lepas pasukan dari China seri dengan Malaysia dalam perlawanan persahabatan