Penat balik kerja tak hilang lagi, balik je rumah bini aku jerit-jerit, tak sangka ini yang aku dengar lepas tegur isteri aku

Anak laki aku sorang umur 2 tahun setengah. Petah bercakap, sangat aktif, bijak. Alhamdulillah. Sorang lagi mak orang, dia umur 30 tahun dah, tapi macam per4ngai budak 3 – 4 tahun. Hari – hari ada je benda yang nak berg4duh dengan anak.

Aku tak tau nak buat macam mana lagi dah. Aku selalu rasa bini aku sangat tak matang padahal kerja sebagai seorang pensyarah. Macam semalam, dia buka laptop letak atas meja. Lepas tu dia baring kat sofa tengok tv. Anak bukan jenis duduk diam.

Umur macam ni dia suka explore banyak benda. Kita yang dewasa la kena alert sentiasa. Tapi bini jenis tak perhati anak. Anak pergi buat apa tak tau la dekat laptop dia. Lepas dia datang bagi keypad huruf K dekat mak dia.

Entah macam mana dia tanggal pun tak tahu. Melenting la mak dia. Jerit panggil aku suruh marah anak. Anak dengan muka tak bersalah cuma jawab adik pegang ja. Dengan pelat – pelat dia la. Lepas tu mak dia bebel – bebel pun dia buat b0do ja pergi sambung main.

Aku marah la bini aku.. Nasib anak bawak huruf kK. Cuba kalau dia ambik benda – benda t4jam ke, main kat suis ke, kan bah4ya.. Anak dah la suka panjat sana sini. Aku kata awak kena la perhati anak. Dia jawab dia bukan buta sangat.

Dia tau ja anak dekat situ. Dia pun sedar ja kalau anak jalan jauh. Habis tu kenapa tak tengok ja kalau dia pergi main kat laptop. Alih – alih aku yang kena marah dengan bini tanpa aku sedar apa salah aku pulak. Padahal dia tu yang salah. Tak pandai jaga anak.

Aku kalau balik rumah, sekejap ja boleh dengar dah suara bini menjerit – jerit panggil aku. Abah tengok adik ni. Abah marah adik. Abah bawak r0tan tu abah. Setiap masa nak suruh aku tengok anak. Kalau anak diam – diam minum susu, tengok kartun, dia pulak pergi kacau anak.

Pergi gomol budak tu sampai budak pun geram dengan dia. Budak kan suka buat apa kita buat. Dia main dengan anak suka gigit – gigit. Bila anak gigit balik, pandai dia marah pulak. Tapi setiap masa anak akan menangis bila main dengan dia. Bini macam suka main kasar.

Masa anak baby, hari – hari sayang anak. Kejap kejap pegang anak. Belai lembut – lembut. Bila anak dah besar sikit, setiap masa g4duh. Kadang – kadang berebut barang. Dah macam aku ada 2 anak pulak sekarang ni. Kadang – kadang dia sengaja bagi anak meng4muk.

Dia akan peIuk – peIuk aku, cakap abah mama punya ja. Bukan adik punya. Anak bila tak boleh menang, dia akan menangis, meng4muk. Bini aku macam suka pulak tengok anak menangis. Dia akan gelak – gelak sambil tunjuk ibu jari sambil cakap ‘best – best’. Bukan nak pujuk ke apa.

Penat balik kerja tak hilang lagi, balik je rumah bini aku jerit-jerit, tak sangka ini yang aku dengar lepas tegur isteri aku

Lepas tu aku la akan pujuk anak. Aku sebenarnya str3ss bila anak menangis – nangis. Aku tak boleh budak dengar menangis ni. Aku tak suka bising – bising. Aku balik kerja penat – penat, aku nak berehat. Nak relax. Nak tenang – tenang. Tapi setiap kali balik hari – hari ni drama ni ja la.

Banyak kali dah aku tegur sikap isteri. Tapi dia seolah – olah tak ambil peduli pun. Kadang – kadang balik aku terus naik bilik. Malas nak peduli sesiapa. Tapi macam tu la, kejap lagi boleh dengar dia jerit pangil aku suruh tengok anak.

Aku pernah cakap kat dia, aku ni str3ss banyak benda kat tempat kerja. Aku balik nak relax – relax. Jangan la buat aku serabut. Dia cuma balas ingat saya tak str3ss ke. Saya lagi banyak benda str3ss cuma saya tak tunjuk ja. Lepas tu dia tanya bila masa dia buat aku serabut.

Aku kata jangan la cari pasal dengan anak.. Tu dah banyak membantu aku relax. Dia kata kalau dia tak cari pasal pun, anak yang suka cari pasal dengan dia. Jadi macam mana? Dia pulak tanya aku. Entah la. Anak sorang ja pun dah macam ni.

Ni dia dok pasang angan – angan nak anak perempuan pulak. Kadang – kadang sebut nak anak kembar pulak. Pantang tengok anak orang dalam reel, semua dia berangan nak anak macam tu.. Tapi jaganya tak pun. Tadi aku cakap kat dia, nak hantar anak ke taska la.

Lepas tu nak daftar untuk dia sekali. Baru aman sikit hidup aku. Korang dua berg4duh dalam taska tak pe, cikgu boleh rotan. Sekali dia bagi jelingan m4ut kat aku pulak. Dia kata kat sana pun saya akan call awak suruh datang. Jangan ingat nak bersenang lenang sorang diri. Its never happen dia kata.. Aihhh.. – Fauzan (Bukan nama sebenar)

BACA:
Ustazah kongsi doa kuatkan alat kelamin lelaki dalam majlis khas untuk wanita
Syarikat yogurt tawar hadiah lumayan, boleh dapat RM47,000 jika hidup tanpa telefon selama sebulan
Untuk memudahkan permohonan lulus sijil halal, JAKIM bangunkan sistem kecerdasan buatan