Penceramah terkesima lepas wanita perkenalkan nama, siap tunjuk kad pengenalan sebab tak percaya

Kita sering kali mendengar tentang pemberian nama yang unik dan pelik kepada anak-anak. Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang terkejut apabila mengetahui bahawa panggilan ‘baby girl,’ yang biasa digunakan sebagai panggilan mesra untuk wanita tersayang, dipilih sebagai nama sebenar seseorang.

Hal ini dikongsi oleh seorang individu yang diyakini sebagai seorang penceramah yang bertemu dengan wanita tersebut semasa sesuatu majlis.

Rentastic Register Page

Dalam perkongsian tersebut, individu tersebut menasihatkan agar menggunakan nama sebenar ketika menjadi usahawan, bukan nama samaran atau nama pengguna media sosial.

Namun, yang memeranjatkan, penceramah tersebut terkejut apabila ada seseorang yang memperkenalkan diri sebagai Baby Girl Binti Ariffin.

Meninjau ruangan komen, ramai memberikan pandangan masing-masing mengenai isu ini. Tidak kurang, ada yang berkongsi pengalaman mengenai nenek mereka yang juga mempunyai nama yang sangat unik.

BACA:
Isteri bingung permohonan cerai tertangguh akibat peguam yang dilantik tarik diri, bila diselidik ini rupanya yang berlaku
Pelajar universiti hadapi jangkitan dalam rahim lepas gugurkan kandungan, termakan pujuk rayu pelakon lelaki
Zakar semakin kecil selepas buat rawatan, ahli perniagaan minta doktor bayar pampasan RM76,422